Tuesday, July 16, 2013

Review: My wedding dresses.

Assalamualaikum..

Okayh ramai yang request and sibuk tanya dak Lyana ni dah kenapa malas sangat nak buat review pasal wedding dia? Kedekut sangat tak nak bagitau orang ke apa mana dia tempah and sewa baju semua.. Huhu jangan lah begitu, kecik hati I uols cakap macam tuu tau. Sedih nih, sedih nih.. Sobs!

Hehe tak de makna nyee nak sedih bagai.. Actually busy sikit sekarang, hari tuh kan dah cuti panjang maka nye kerja kat ofis memang kuss mangat.. Then active berbisnes hijab, SNE products and tambahan baru yang best iaitu Shaklee! Suka betul dengan Shaklee sebab banyak gilaaa product best.. Serius siapa yang teringin nak join boleh lah email kite meh kite ajar macam mana.. Tak payah modal, cuma kena daftar and bila customer order barang baru lah order dari Shaklee by call jer. Malas nak pos Shaklee tolong pos barang untuk uols. Tapi yang serius jer larat nak layan online business macam nih tau. Kalau rasa macam hangat-hangat tahi ayam tak payah lah. Pertengahan bulan bonus Shaklee masuk, serius berbaloi kalau usaha betul-betul. Dah lah tengah-tengah bulan selalunya duit habis kann.. Nasib baik lah kawan kite kenalkan bisnes Shaklee nih :)

Weekend pulak nak spend time dengan hubby almaklum lah kite orang jadi weekend husband and wife for now. Insya-Allah sampai hujung tahun nih je lepas tuh I ke jayBee lah nampak nye. Wahh customers ramai orang jayBee baru perasan, lepas nih boleh lah COD jer ;) Yang kat Muar-Melaka jangan risau yer, tak de COD poslaju kan adee.. Paling best dekat dengan Shaklee branch jayBee tak payah order by call lagi dah. Yeay yeay..

Okayh mari sambung cerita asal sebelum jadi entry pasal Shaklee. Hiks! First sekali nak review pasal baju nikah.

 Ini adalah baju jenis kurung moden, just that kain dia buat jenis kembang and ada tail. Nampak lah differ dari baju tunang dulu right? Also, bahagian baju fully lace and bahagian kain pulak tampal lace pada kain.
Baju ini di design bersama seorang pakar fesyen and dia lah juga yang menjahit baju ini, yang saya jumpa di sebuah tekstil di Pasar Baru, Bandung. Bagi yang tak tau, kat sana tempah baju satu hari jer siap. Boleh survey sendiri sebab banyak gilaa tekstil dalam tuh. Jadi kat mana kain and lace uols berkenan, tempah lah di situ. Lagi mudah kalau design dia uols dah bawa contoh gambar. Tempah baju tak mahal, upah cuma dalam RM200-300 sahaja. Apa yang membezakan harga adalah pilihan material yang kita decide lah kan..
As for me, dalam banyak-banyak lace yang saya nampak lace yang pada baju nikah saya itu yang paling menambat hati even harga dia sedikit mahal and saya ambil 5 meter total sebab pada baju nak full lace. Material baju pulak jangan lah terlampau berjimat nak ambil satin nanti berpeluh masa wedding hamik kau.. Material yang saya gunakan nih pemilik tekstil tuh kata jenis material prada. Memang tak kejung and selesa sangat bila dipakai :)
Veil juga dibuat oleh orang yang sama. Inner and half-moon putih itu dari butik online saya sendiri cuma tambahan lace and beadings sebab nak bagi dia berat. Dak Lyana nih tak nak pakai crown masa nikah :)
Harga cost baju and tudung keseluruhan around RM2k. Kalau kat Malaysia tak dapat lah harga macam nih sebab french lace kat Jakel 1 meter dah lebih RM500! -_- Tak caye pergi Jakel tanya lah harga French Lace dia berapa. Yang murah sikit ada tapi tak de beading laa.
Ada jugak orang tanya saya nak sewa baju nikah saya nih. Hurmmm.. Tengok lahh nanti saya pertimbangkan yer sebab sayangg :') Belum tentu orang lain jaga cermat macam kita jaga.. Huhuu
Next, review about my baju masa sanding kat rumah saya and baju majlis bertandang. Dua-dua dari butik yang sama.
Majlis Sanding..


Majlis Bertandang..


Kedua-dua baju nih saya sewa dari Butik Nana Bridal kat Wangsa Maju. Macam mana saya boleh jumpa butik nih? Alkisahnya, masa awal tahun pergi Pameran Perkahwinan kat SACC Shah Alam.. I used to buy majalah Pengantin and Inspirasi Perkahwinan (IP) sebab pelamin and baju dia cantik wooo.. Boleh lah dijadikan sebagai rujukan untuk wedding sendiri. And I fall in love with some of the baju dari majalah IP. Then masa pergi pameran tadi tu, nampak lah ada patung nih pakai sebijik macam baju yang saya adore sangat tuu.. It's pastel grey colour. Terus booking dengan Kak Nana nak ambil baju kat dia jer. Tapi lepas dah pergi butik dia dah nampak yang lain pulak. Paling teruja, dua-dua baju yang saya pakai tuh brand new kira nye saya first bride yang pakai gituu.. Yeay! Kak Nana tu pun friendly tauu senang nak bermesra alam. Dia pun asal Muo ke Batu Pahat.. Sep! Boleh get along :)
Nak contact dia boleh search,
Instagram: nanabridalboutique


Ohh yer, good news untuk Johorians.. Now Nana Bridal Boutique dah ada kat Batu Pahat uols (atas pasaraya Save & Save berhadapan The Store, Jalan Rugayah).

Till then, lepas nih nak saya review pasal apa pulak yer? Wedding dress nih paling ramai ladies duk tanya. Yang lelaki pun ada berkenan nak tunang dia pakai masa wedding nanti  ler tuu ;)

Have a nice day ahead uols. Assalamualaikum and selamat meneruskan ibadah dalam bulan Ramadhan.

15 feedback(s):

panglima harapan said...

sy paling suka baju nikah kak lyana. cntik sgt! :)

MasReena said...

Cantik baju nikah lyana! terhibur tengok... lyana buat part time ni tak penat ke? dgn kerja lg

Naza said...

lyana, apa nama butik kat sana tu eh? berkenan pulak tgk baju u

Naza said...

lyana apa nm tpt u tempah tu?

Lyana Hisham said...

Nana Bridal kat wangsa maju :)

Anonymous said...

Assalamualaikum sis. Nk join lh jual shaklee. Whatsapp sy 0172496865. Tq :)

Anonymous said...

Assalamualaikum sis. I nk join lh utk sell shaklee. Whatsapp I 0172496865. Tq

Ainaa~ said...

baju nikahhhhh~~~ cantiknya...

hana said...

Slm...sis bli kain n tempah kt bndung tu dkt kdai mne ye??
Plz rspon ye..
Ni emel sharifatul_hana@yahoo.com
Tq

hana said...

Slm...sis bli kain n tempah kt bndung tu dkt kdai mne ye??
Plz rspon ye..
Ni emel sharifatul_hana@yahoo.com
Tq

ceritera chenta said...

Salam...sis...boleh email x name tailor sis buat baju kat baju serta kos...thanks ssgt :) sitihaida37@gmail.com

chanteq said...

salam.sis,boleh share x dekat kdai mane sis tmpah baju tu? nxt month i nak g bandung utk cari baju nikah.ingat nak tmpah skali..ni email i.zahaini@gmail.com.. thanks!

chanteq said...

salam.sis,boleh share x dekat kdai mane sis tmpah baju tu? nxt month i nak g bandung utk cari baju nikah.ingat nak tmpah skali..ni email i.zahaini@gmail.com.. thanks!

Unknown said...

salam..boleh bagitahu beli kain n tempah baju tu kat kedai mana di pasar baru?

plis email sy: oxchido@gmail.com

Unknown said...

Assalam sis,
Maaf kaau pertanyaan ni buat sis annoyed...
boleh sis share contact designer yg buat baju nikah sis?
i really adore it,,, please let me know if you willing to share :)
this is my email; nadiahariffin@outlook.com
thank you sis!
btw, you look very beautiful on your wedding day, plus with the pretty wedding dresses, you look extra lovely.
i really looking forward to your reply soon



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com