Thursday, September 19, 2013

Pengalaman First Trimester.

Assalamualaikum..

How have you been wonderful darlings? Syukur Alhamdulillah, kalau mengikut kiraan nurse hari tuh kandungan saya kini berusia genap 13 weeks. Sikit lagi nak melangkah ke Second Trimester andai diizinkan Allah.

Ni facebook page baru :) Haa yang sibuk tanya inner awning yang macam saya selalu pakai and yang macam saya pakai masa wedding hari tuh boleh tengok kat blog or page ni k..

The first and second week adalah sangat challenging moments di mana I could not eat.. at all! Like seriously apa jer masuk dalam mulut and telan ke tekak akan dikeluarkan balik sepuloh minit kemudian. Sedih kan? Chocolates yang dahulunya penenang sanubari menjadi musuh ketat. Tak hingin at all! Nak belanja I chocoloate indulgence Secret Recipe? Tak apa lah, I don't have any passion to eat pun..

During Raya, the first Raya I was at my parents in law house. Kesian mak and kakak-kakak ipar, all I could do is just sit down and tenung makanan. Dah lah tak de tenaga nak buat kerja, tak boleh berdiri lama-lama. Makan pun tak boleh? Rendang yang dulu menjadi kegemaran ditenung jauh-jauh, tekak terasa kembang.. Tengok Encik Suami makan bukan main banyak nyee.. Makan untuk isteri and baby sekali kata nyee. Sabar jelah :') Luckily my mother in law sangat sweet membelikan buah plum, itu jer boleh telan. Huhu!

Balik Muar on the second Raya, konon-konon ingat masakan ibu boleh lah mengubat jiwa raga. Hampeh! Selera tetap tak ada makan bubur dengan ikan bilis jer di hari Raya. Jadi lah nasib boleh makan. Pergi check up kat Specialist doctor kata itu tanda baby dalam tu sihat. Sebab tu hormon mama nye agak tidak stabil. Okayh sedikit kelegaan di situ walau terpaksa bertahan dengan bermacam simptom dan sindrom yang pelik. Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri di kala kesakitan datang, "Allah takkan menguji melebihi kemampuan hamba Nya.."

Encik Suami bila saya sakit dia yang sedih. Kata nya, biar lah Allah berikan sedikit kesakitan saya pada dia. Ishh! Saya cakap tak nak lah, dia tu kerja lagi kat area site mesti kena sihat. At least saya nih kerja office jer, tak larat pun MC atau EL jer lah. Mujur bos memahami, kerana dia juga seorang wanita seperti saya.

I took vitamins yang Doctor Specialist bagi untuk baby dalam nih kuat sebab mama dia tak boleh makan. Kesian dia nak membesar, mama pulak berat jatuh dua kilo. Kurus kering lah pulak orang berbadan dua nih. Sobs! Supplement Shaklee baru nak start ambil mungkin start masuk empat bulan sebab nak terus ambil Omega Guard dengan ESP sekali. Since sekarang makan vitamins doctor bagi, tak nak bercampur sangat. Sebab doctor masih pantau saya lagi.


Syukur Alhamdulillah masuk week 10, selera makan mula ada balik. Just that makanan bersantan macam curry memang tak boleh nak makan. Tak pe lah kan, banyak lagi boleh makan. Hiks! Mula mengidam butter prawn lah, manggis lah, air tauhu lah, durian lah ape tah lagi saya pun dah lupaa. Hihi! Ibu ayah and Encik Suami lah yang banyak melayan kerenah ku..


Untuk yang baru lepas bersalin tengah breastfeed nak tambah susu pun ada supplement yang sangat berkesan insya-Allah. Kenyang baby nanti dapat minum susu ibu yang banyak.. ^^ Yang nak kahwin pulak boleh ambil supplement untuk kecantikan and kesuburan. And banyak lagi supplement semua ada Shaklee tawarkan.

Untuk sebarang pertanyaan atau order, boleh email saya lyanahisham@yahoo.com atau add kat wechat lyanahisham. Insya-Allah saya menjanjikan super best price and the best consultation as well. Menariknya, customers saya boleh contact saya bila-bila sahaja kalau ada sebarang masalah dengan cara pengambilan atau apa sahaja soalan saya akan jawab secepatnya. Kalau lambat tu might be tengah malam saya dah tidur maka lepas Subuh saya akan reply :)

Till then, moga Allah merahmati dan memberkati hari-hari kalian.

Assalamualaikum.

3 feedback(s):

MasReena said...

teringat masa akak mengandung 4 tahun yang lepas. Bergenang air mata baca entry ni. Lyana jangan lupa makan daging, susu Anmum, buah-buahan dan asid folik tau. Jangan sibuk nak diet-diet takut gemuk ke apa.. Dulu masa akak mengandung jarang dapat makanan berkhasiat, atas faktor kemiskinan, bila bersalin kulit baby mengelupas.. so sad ='(

Anyway entry yg sgt sweet untuk dibaca, one more thing jangan banyak fikir tau. Enjoy ur pregnancy =)

Pengalaman Saya Memandu Air Craft di Udara =)

ika~~ said...

salam lyana
congrats for ur pregnancy.n br tau awk dh kwen sbb lma xdtg sini.hihi.thniah again for both u!
btw i pn amek shaklee ni tp just amek esp n alfafa je utk milk booster.tke care ok,being pregnant ni mmg sgt2 mncbar :)

Shazwani Ramly said...

semoga akak sihat and baby pn okay :) selamat menjalani life as mommy to be.



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com