Assalamualaikum..
Okayh kali nih saya nak share lagi berkenaan Set Slimming by Shaklee. Suka betul kan saya cakap pasal Set Slimming nih? Of course laa sebab set nie lah yang paling laris sekali tau antara segala set yang Shaklee tawarkan selain Set Kecantikan dan Kesihatan.
Buat yang masih tertanya-tanya lagi, apa yang ada dalam Set Slimming yang famous and hot selling sangat nih? Kat sini saya huraikan balik one by one apa yang ada dalam set so that uols nampak dengan lebih jelas :)
Untuk menurunkan berat badan yang sememangnya dah berlebihan, kita perlu make sure LEMAK dalam badan kita nih diBAKAR dan diCAIRkan. Ramai yang beranggapan nak BURN FAT kena bersenam hari-hari, pergi GYM atau may be dapatkan rawatan kat SLIMMING agencies..
BERSENAM.. Nampak macam senang kan, bunyi macam mudah jer nak pergi bersenam nih. Tapi yang sibuk dengan kekangan kerja, class.. Sempat ke nak jogging pepagi?
Pergi GYM.. Ni kalau lelaki biasa rasa macam okay laa.. Kita nih perempuan nak pergi gym macam segan jer. Plus, kekangan masa as well. Kalau seminggu sekali tu mungkin boleh laa, but still yang dah berkeluarga surely takde masa punya nak pergi..
SLIMMING agencies.. Haa yang nih siapa ada RIBU-RIBAN boleh laa.. Tapi kena ingat, biasa yang pergi pusat rawatan untuk slimming nih yang success semua majority spend 10k and above.. Den tak mampu, uols mampu tak? :)
So here goes the function of LECITHIN and OMEGA GUARD. Tak tahu mana satu yang patut diambil yer? Okayh.. Lecithin ni berfungsi untuk membakar lemak, malahan Omega Guard juga mempunyai fungsi yang sama. Tapi bezanya antara Lecithin dan Omega Guard, Omega Guard nih juga berfungsi untuk menurunkan paras kolestrol dalam darah. Selain itu, Omega Guard juga bagus untuk mereka yang ada masalah darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan juga diabetes. So kalau yang tak de masalah-masalah lain nih, memadai dengan pengambilan Lecithin. Tapi kalau ada extra masalah selain nak slim down, highly recommended to take Omega Guard. Nanti later on paras kolestrol dah okay, tekanan darah normal, kencing manis terkawal and all boleh ambil Lecithin pulak.
Once dah BURN FAT tadi, next step apa yang kita perlukan? BUANG dan SINGKIRKAN segala lemak dan toksin tadi daripada badan kita. Percaya tak 90% mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan, gemuk atau obes nih sebenarnya mereka mengalami masalah untuk buang air besar? Yer, most of them ada yang buang air besar 3 hari sekali, malahan ada yang lebih teruk seminggu sekali jer. Walhal kita nih makan hari-hari, makanan kita makan semua jadi tenaga ke? No no no.. Bila susah buang, maka makanan berlebihan tadi akan disimpan di dalam badan menjadi LEMAK.
So here we need Alfalfa and HERB LAX. Both of them berfungsi untuk LAWAS, buang air kecil dan buang air besar. Tapi, fungsi Alfalfa nih lebih meluas lagi. Selain baik untuk memberikan kita rasa lawas, Alfalfa juga berfungsi untuk:
1. Merawat gangguan masalah pencernaan
2. Mengawal paras kolestrol dalam darah
3. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6. Mencegah edema - pengumpulan air dalam badan
7. Mengurangkan simptom menopause
8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9. Merawat masalah sembelit
10. Menyingkirkan toksik dalam tubuh badan
11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13. Membantu masalah penghadaman
14. Membantu memperbanyakkan susu ibu
15. Mengurangkan masalah pundi kencing
16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17. Meningkatkan kesihatan prostat
18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19. Merawat masalah keputihan bagi wanita
20. Menghangatkan hubungan suami isteri
21. Membantu meningkatkan kesihatan lelaki
Dah BURN FAT and lepas tu BUANG, what do we need for the next step?
BINA! Sesetengah slimming products nih kan dia cuma membantu kita membakar dan menyingkirkan lemak daripada badan tapi slimming products tersebut tak mempunyai option untuk MEMBINA OTOT dalam badan kita. Sebab tu sometimes ada yang slim down tapi ada kulit-kulit lebih yang menggeleber. So slim tapi badan tak cantik and shape lari..
Di sini lah kelebihan produk Shaklee, berupaya membantu kita untuk slim down in a healthy and beautiful way..
CINCH SHAKE nih bertindak sebagai pemangkin untuk mempercepat pencairan lemak tetapi yang bagusnya CINCH SHAKE nih dia tak menggangu dan memusnahkan otot. Sebab itu lah kita slim down dengan shape yang cantik, lemak dihapuskan manakala otot pula akan dibina. Apa bahan yang terkandung dalam CINCH SHAKE nih yang membantu kita slim secara cantik dan sihat? It's LEUCINE..
Leucine ini lah yang membantu memelihara otot dalam badan kita so that sewaktu proses pembakaran lemak berlaku, Leucine bertindak untuk memelihara dan membina otot kita. Badan makin slim secara sihat malahan shape juga lebih cantik :)
I have tried all the 3 flavours of CINCH SHAKE, and my favourite sememangnya Chocolate and Vanilla! Kalau Chocolate campur dalam Milo sedap or may be Vico. Kalau Vanilla boleh bancuh begitu sahaja.
Currently trying Cafe Latte flavour. Okay yang nih siapa suka minum Nescafe for sure suka sebab I don't like Nescafe, maka yang ni biasa-biasa jer for me. Yang ni I drink it with Milo :)
For IBU yang tengah BREASTFEEDING baby yang nak slim down tapi pada masa yang sama nak susu kekal banyak boleh ambil ESP sebagai pengganti kepada Cinch. ESP nih juga membantu membanyakkan lagi susu.. So untung nanti baby kenyang and lepas tu bambambam ^__^
ESP with Watermelon Juice, my favourite!
Nak resepi bancuhan ESP dengan cara lain boleh click sini :)
Antara TESTIMONI customers yang dah mencuba Set Slimming Shaklee..
Another one product yang terdapat dalam Set Slimming Shaklee ini ialah
CINCH ENERGY TEA MIX..
Kadang-kadang kita rasa badan kita memang dah slim. Tapi bila kita makan lebih sikit jer cepat jer naik, bukan setakat berat naik malahan seluar mula ketat sebab saiz pinggang membesar. Bila kita kurangkan makan baru lah badan turun balik. Agak-agak kenapa yer?
Sebab.... Semakin meningkat umur kita, semakin rendah kadar metabolisme dalam badan kita. Bila badan kita makin rendah kadar metabolisme, maka makin cepat lah badan kita naik atau saiz kita bertambah disebabkan kita terlebih makan.
So kat sini lah kepentingan kita amalkan Cinch Tea nih sebab Cinch Tea ini bagus untuk meningkatkan metabolisme badan kita. Nak metabolisme badan meningkat tanpa perlu ambil supplement tambahan memang boleh... Cara nya ialah EVERY DAY EXERCISE contoh macam Jogging. Tapi setakat 500m tak de maknanya nak cukup. Kalau kat rumah ada threadmill boleh lah naik 20 minit hingga setengah jam setiap hari insyaAllah nanti metabolisme badan kita akan meningkat balik. Tapi kalau pemalas macam saya nih yang naik threadmill dua minggu sekali atau kadang-kadang sebulan sekali, harusss lah bagi saya amalkan pengambilan Cinch Tea nih. Tak perlu ambil every day pun, seminggu dalam 2-3 times dah cukup. So one box nih boleh tahan for 2 months :)
Kandungan Ekstrak yg terdapat dalam CINCH ENERGY TEA MIX:
1) MATCHA GREEN TEA
* antioksida yang sangat tinggi
* energy booster
* metabolisme booster
* bakar kalori up to 4x
2) TAURINA
* menggalakkan metabolisme
* lebih bertenaga
* larutkan lemak
* membantu menghasilkan otot tanpa lemak
3) WHITE TEA
* membakar lemak-lemak berlebihan
* menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
* meningkatkan metabolisme
* juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
4) ROOIBOS RED TEA
* melarutkan lemak
* meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
* agen detox yang kuat
5) RED TEA
* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -
pejuang kanser yang kuat
* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
*merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak
CINCH ENERGY TEA MIX ini bukan sahaja mempunyai pelbagai khasiat seperti di atas, malahan Cinch Tea juga :
1) Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)
2) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
3) Mengurangkan kolestrol
4) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
5) Menguatkan tulang
6) Antibakteria dan antiviral
7) Menggalakkan kulit yang sihat
8) Mengurangkan gula dalam darah dan membantu mengurangkan gejala kencing manis
9) Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
10) Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan
Antara cara nak minum Cinch Tea nih..
-Boleh diminum dengan AIS for those yg suka minuman sejuk
-Boleh diminum dengan AIR PANAS. Also boleh diperah dgn lemon or tambah halia, limau kasturi pun boleh.. Maka jadi lah Cinch Tea Limau :)
Till then, have a nice day beautiful people.
Assalamualaikum.