Tuesday, April 15, 2014

SHARING: Amalan Diet Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum

Selain pengambilan supplement sebagai makanan tambahan untuk memelihara kesihatan badan secara keseluruhan, perlu kita pastikan amalan pemakanan atau diet harian yang kita ambil perlu lah betul dan seimbang.



Adakah uols sedar bahawa makanan yang dimakan setiap hari tidak boleh diambil sembarangan. Itu adalah penyebab kepada terjadinya pelbagai penyakit. Ianya akan bermula dari keracunan makanan sehingga ke tahap yang lebih serius. 

Sebaiknya anda mengikuti contoh amalan diet yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W kerana sebagaimana yang kita sedia maklum, baginda merupakan insan tepuji dan contoh kepada umat Islam keseluruhannya. Malah, diriwayatkan juga bahawa baginda sepanjang hayatnya tidak pernah mengalami sakit perut kerana baginda pandai menjaga pemakanannya setiap hari. 

Berikut adalah antara amalan diet yang diamalkan oleh baginda:
  • Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu. Kemudian barulah disusuli dengan makan nasi.
  • Tidur satu jam setelah makan tengahari.
  • Jangan abaikan makan malam kerana dikatakan mereka yang meninggalkan makan malam akan ‘dimakan’ usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
  • Dilarang makan makanan ‘darat’ bercampur dengan makanan ‘laut’. Ia memberi kesan dalam jangka panjang. Elakkan makan bersama:

  1. Susu dan daging
  2. Daging dan Ikan
  3. Ikan dan Susu 
  4. Ayam dan Susu 
  5. Ikan dan Telur 
  6. Ikan dan daun salad 
  7. Susu dan cuka 
  8. Buah dan susu

Nabi S.A.W. pernah mencegah kita daripada makanan berasaskan ikan bersama susu kerana dipercayai cepat mendatangkan penyakit. Ini terbukti melalui kajian bahawa daging ayam mengandungi ion (+) sedangkan dalam ikan mengandungi ion (-). Oleh itu jika makanan ini bercampur, akan terjadi reaksi biokimia yang boleh merosakkan usus anda.

Selain itu al-Quran juga mengajar kita supaya menjaga kesihatan seperti melakukan amalan-amalan yang berikut:
  • Mandi pagi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangkan penimbunan lemak.
  • Rasulullah mengamalkan minum air putih setiap pagi. Mujarabnya, In Shaa Allah dijauhkan daripada mendapat penyakit.
  • Waktu solat subuh, disunatkan bertafakur (sujud sekurang-kurangnya seminit setelah membaca doa). Kesannya untuk elak dari sakit kepala atau migraine. Ahli sains yang membuat kajian mendapati terdapat beberapa milliliter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
Amalkan diet yang sihat, insyaAllah pemakanan lebih terjaga dan kesihatan juga lebih terpelihara.
Till then, Assalamualaikum :)



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com