Monday, September 22, 2014

Healing Crisis Selepas Pengambilan Shaklee.

Assalamualaikum semua :)

Setiap kali Lyana consult customers yang makan supplement Shaklee, Lyana pasti akan ingatkan kesan selepas makan supplement dalam Shaklee. Semestinya semua orang ingin mendapatkan kesan yang baik tetapi ada juga yang dapat kesan awal tidak seperti yang mereka inginkan.  

Untuk hari ini, Lyana ingin berkongsi sedikit info berkenaan Healing Crisis atau Kesan Penyembuhan yang berlaku pada sesetengah orang selepas dia consume supplement Shaklee.


Sesetengah orang akan mengalami kesan yang lebih teruk selepas makan supplement Shaklee. Ada yang sakit kepala, ada yang sakit lutut, ada yang demam dan macam-macam lagi. 


Beberapa kes yang sering berlaku adalah:
  • Sakit kepala selepas makan Alfalfa 
  • Lutut semakin sakit selepas makan AJHT 
  • Period tak stabil selepas makan GLA Complex
  • Sengal-sengal badan selepas makan Ostematrix 
Ramai yang mengadu bertambah sakit, kenapa yer makin sakit walhal tujuan makan supplement sepatutnya nak jadi lebih sihat kan?


Itu lah yang dinamakan sebagai Healing Crisis atau Kesan Penyembuhan.

FAQ berkenaan Healing Crisis

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan kesan penyembuhan?

A: Kesan penyembuhan merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup.

Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai kesan penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan kesan penyembuhan.


Q: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil supplement atau makanan tambahan?

A: Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien,nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.

Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.


Q: Adakah kesan penyembuhan petanda yang baik?

A: Ya. Kesan penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semula jadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, kesan penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat seperti mana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.


Q: Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama?

A: Setiap orang adalah berbeza.Sesetengah individu akan mengalami kesan penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi kesan penyembuhannya.

Q: Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi kesan penyembuhan ini?


A: Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q:Ramai orang yang bertambah baik selepas mengambil supplement, tetapi walaupun saya masih mengambil supplement, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan. Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan supplement, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya. Contohnya, tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik dan lain-lain lagi. 

Sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  • Tidak mengamalkannya setiap hari 
  • Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan 
  • Takut kepada Healing Crisis, lalu berhenti dari mengambilnya 
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat 
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh 
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahu pun makanan tambahan 
  • Mengalami masalah emosi 

16 Healing Crisis dan Petandanya sebagai Rujukan buat anda


Healing Crisis #1: Sakit Kepala Yang Melampau
Penyebab/Petanda: Badan mempunyai tekanan darah tinggi, Berlaku proses menyahtoksin

Healing Crisis #2: Demam
Penyebab/Petanda: Sedang berlaku proses meningkatkan metabolisme, Merangsang fungsi imunisasi badan

Healing Crisis #3: Cirit-Birit, Najis Berbau, Kencing Berbau
Penyebab/Petanda: Petanda bagi menyahtoksin, Proses menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar


Healing Crisis #4: Kembung Perut
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang lemah


Healing Crisis #5: Ruam, Kulit Gatal, Kelemumur, Keluar Lendir
Penyebab/Petanda: Fungsi Hati yang lemah, Usus besar yang tidak sihat


Healing Crisis #6: Penghasilan Lendir seperti selsema dan kahak
Penyebab/Petanda: Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda untuk menyahtoksin


Healing Crisis #7: Pendarahan Hidung
Penyebab/Petanda: Mungkin tanda anda kekurangan darah


Healing Crisis #8: Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab/Petanda: Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit


Healing Crisis #9: Peningkatan Rasa Sakit Pada Badan yang bermasalah
Penyebab/Petanda: Mempercepat proses penyembuhan


Healing Crisis #10: Tidur yang Bermasalah atau Terlalu Aktif
Penyebab/Petanda: Sistem Saraf yang lemah


Healing Crisis #11: Kitaran Haid yang Tidak Menentu, Kegatalan pada alat sulit, Keputihan yang banyak
Penyebab/Petanda: Ketidakstabilan Hormon, Proses Membetulkan semula Kitaran Hormon


Healing Crisis #12: Pendarahan Ketika Membuang Air
Penyebab/Petanda: Kemungkinan anda ada penyakit Buasir


Healing Crisis #13: Pening, Lapar
Penyebab/Petanda: Tekanan Darah Rendah, Anemia (kurang darah merah)


Healing Crisis #14: Loya, Sembelit, Tersedu
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang Lemah, Masalah pada hati


Healing Crisis #15: Edema (bahagian badan membengkak)
Penyebab/Petanda: Masalah Buah Pinggang


Healing Crisis #16: Lesu , Mengantuk
Penyebab/Petanda: Badan Berasid, Fungsi Hati yang Lemah, Terlalu Penat, Perlu banyak berehat

sumber: http://www.greenwellness.my/page-10697.html

Selain supplement, the same goes to skin care as well. Kalau sebelum nih anda pernah menggunakan produk skin care yang mengandungi merkuri, hydroquinenone atau bahan lain yang berbahaya, kemudian anda bertukar kepada produk yang natural, berkemungkinan besar pada awalnya kulit anda akan mengalami Healing Crisis yang teruk seperti keluar jerawat, menjadi semakin kusam, gatal-gatal, ruam dan sebagainya. 

Teruskan pemakaian produk yang natural disertai dengan mengamalkan supplement dan minum air mineral yang mencukupi inshaAllah selepas nih kulit anda akan lebih berseri-seri dan flawless! Cuma perlukan kesabaran dan consistent jer dalam pemakaian 

Semoga sharing ini boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan buat anda semua. InshaAllah, bersama-sama kita menjaga kesihatan dan kecantikan diri untuk kehidupan yang lebih aktif dan produktif :)


Your Beauty & Shaklee Consultant
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee & @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com