Thursday, February 18, 2016

SHAKLEE TRIP: ITALY PART 4

Assalamualaikum and Hye!

26TH NOVEMBER 2015: TIVOLI, ROME (DAY 6)

 Sambil holiday sempat lagi coaching my Shaklee babies. InshaaAllah next trip diorang pulak dapat join :)

Last day sight seeing in Italy. Kami dibawa ke Tivoli untuk melawat istana lama yang diberi nama Villa D'Este. Perjalanan ke Tivoli memakan masa satu jam daripada bandar Rome. Jalan ke sana ala-ala nak naik Genting Highlands jugak lah.



Beautiful view all the way.

Untuk entry kali nih memang penuh dengan gambar yer sebab Lyana nak share view yang sangat cantik di garden Villa D'Este. Enjoy the view :)




Untuk sampai ke bawah area garden, jumlah semua sekali adalah sebanyak 300 anak tangga yang perlu dituruni. Masa nak turun okay lah kan, laju jer. Bila nak naik balik memang pengsan! So preggy mommies memang tak digalakkan untuk turun, mereka yang agak berusia serta mereka yang ada asthma atau penyakit jantung juga tidak digalakkan sebab memang letih tau bila nak naik balik ke atas.


Time Lyana pergi tu hujan mula turun, so kena lah berpayung. Dengan cuaca yang below 10 degree, ditambah dengan hujan, memang mudah kena demam dan selsema. Make sure makan supplement untuk tingkatkan antibodi yer bila ke tempat sejuk. As for me, mesti lah dah telan siap-siap perisai utama iaitu VITAMIN C PLUS SHAKLEE :)




Had Gala Dinner on our last night in Rome, Masquerade theme. 

Overall trip memang sangat best, everything yang Shaklee dah sediakan semua memang tip top. Bermula dari flight, transportation (bus and train), hotel, tempat solat, food malahan mineral water disediakan setiap hari. Mula-mula Lyana risau jugak sebab terlupa bawa botol minuman extra sebab nak beli kat sana mahal tau entah berapa Euro lah harga sebotol air. 

Tips bagi mereka yang ingin melancong di ITALY:

1- Bawa botol air minuman kosong di mana-mana pun anda pergi. You'll need it for drinking and toilet purpose. 

2- Tak boleh telan makanan Italy? Sila lah bawa makanan dari Malaysia yang instant. Maggi ke, nasi lemak ke, sambal hitam ke, bihun Pama ke.. Seriously sehari dua boleh lah telan makanan orang sana, masuk hari ketiga for sure tekak tak boleh terima lagi dah. Chocolate is good to keep you warm.

3- Gunakan sling bag atau bag pack for travel purpose, kena beware sebab pick pocket banyak especially kat train station, public area and historical places. Jangan letak duit kat satu tempat, letak di poket yang berbeza for safety purpose. Lagi satu, barang kemas tak payah lah pakai.

4- Kalau travel semasa musim sejuk, dinasihatkan tak perlu bawa baju sejuk banyak-banyak. Beli kat sini jer sebab harga memang lagi murah dari Malaysia, Lyana suggest shopping kat Alcott (Milan dan Rome ada, Florence tak sure). Long John (to keep you warm) beli dari Malaysia jer, kat Uniqlo pun okay. 

5- Kasut boot sangat digalakkan untuk pakai semasa musim sejuk, nak bawa dari Malaysia boleh atau nak beli kat sana pun boleh. Again, kat Alcott murah member beli 7 Euro jer winter boots.

6- Nak beli souvenir kena pandai survey harga. Bagi Lyana kan, Leather Market tu mahal kalau nak beli key chain, fridge magnet. Kena pandai survey harga. Kat Rome lah yang nampak banyak tempat murah-murah, kat kedai-kedai tepi jalan. T-shirt pun kena tengok kedai, ada yang jual murah dan ada yang mahal. 

7. Bawa lotion dan lip balm, sebab cuaca sejuk memang kulit akan jadi kering sangat-sangat. Macam Lyana, siap bawa sekali VITAMIN E SHAKLEE makan 2 biji per day. Alhamdulilah kulit kekal moist seminggu berada di bumi Italy. 

**VITAMIN E nih sememangnya antara beauty supplement daripada Shaklee yang terbaik. Fungsi utamanya selain untuk menghilangkan parut, VITAMIN E juga melembapkan kulit dan menjadikan kulit kelihatan glowing secara semula jadi.

8- Kalau niat nak shopping, sila lah tukar duit lebih siap-siap sebab kat sana Ringgit tak diterima. Ada credit atau debit card pun seeloknya activate siap-siap, just in case duit Euro tak cukup sebab sampai Factory Outlet memang akan rambang mata.

So far itu sahaja tips yang Lyana nak kongsikan dulu. Kalau ada lagi nanti Lyana akan update yer :)



Feels good to be back in Malaysia. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. 

Memang betul, balik Malaysia rasa macam orang jakun tak pernah jumpa nasi lemak, nasi lauk asam pedas, masak lemak cili padi, kailan ikan masin, kangkung goreng belacan dan lain-lain. Kat Italy mostly makanan dia semua dimasak secara sihat, bayam pun celur jer takde rasa apa dah. Pasta dan pizza kat sana macam nasi kat Malaysia nih, itu pun pasta dan pizza kat Malaysia lagi sedaaap!

Till then, have a nice day ahead lovelies.

Assalamualaikum :)



0 feedback(s):



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com