Lama tak update belog kesayangan nih. So sorry semua, busy sikit dengan rutin kerja seharian. Mana nak settle kan kerja kerja rumah, order customers, coaching anak cucu bisnes, restock kat branch and settle kan postage.
Penat? Memang tak dinafikan lah penat sikit tapi Alhamdulillah hasilnya berbaloi dan sangat memberi kepuasan buat Yana sendiri. Tambahan pulak ada supplement Shaklee, sampai ke malam bertenaga jer lagi takde nak penat penat :)
Okayh, back to the main topic.
Awal bulan hari tu, Yana join trip Shaklee ke Orlando, USA. Alhamdulillah, tahun ke-2 Yana berpeluang untuk join trip Shaklee. Segalanya ditanggung oleh pihak Shaklee tau daripada flight ticket, hotel, transportation, meals sampai lah ke duit shopping pun ada dapat seorang 300 usd (tukar duit Malaysia ada laa dalam RM1200 lebih). Thank you Shaklee, macam macam bagi kat kami semua yang perform masa cycle lepas. Syukur sangat sangat diberikan peluang seperti ini.
Husband awalnya nak join sekali tapi tak jadi sebab kebetulan date masa kat US tu dia pulak kena travel ke Korea atas urusan kerja. So Yana pergi lah seorang jer, Ayish memang tak boleh ikut lagi sebab belum umur 4 tahun. InshaaAllah 2018 nanti Mama bawa awak okayh sayang..
Flight Yana ke Orlando date 2nd August 2016, 7.20 pm. Kami transit kat Dubai. Masa dalam flight memang meals provided, sampai kat Dubai pun Shaklee dah bagi siap siap meal voucher untuk makan free of charge. Dubai mahal tau, segala makanan lah mahal :’)
DUBAI - ORLANDO : 16 hours
Kejang kaki duduk dalam flight. Sampai kat airport Orlando jetlag habisss. Mata merah mengantuk sangat sangat sebab masa dalam flight tu tak boleh tidur langsung. Mana taknya, Malaysia tengah waktu siang time tuu. So mata automatic tak boleh tidur langsung.
DAY 1 : ARRIVED AT ORLANDO AIRPORT
Sampai je kat Orlando, kami dibawa terus ke hotel. Shaklee bagi stay seminggu kat Gaylord Palms Resort and Convention Centre. Memang lawa sangat hotel dia, 1 night 500 usd per room. Nak pergi sendiri memang tak laa, mahal kot :’)
Before check in, kami lunch dulu then baru lah naik ke bilik. Tak payah susah susah nak kena check in sebab semua Shaklee dah sediakan.
Shaklee memang jaga kebajikan kami sebagai Muslim sepenuhnya. Semua makanan yang disediakan sememangnya Halal. So bab bab makan kat sana semua kami tak perlu nak risau dah :)
Nih laa tempat tidur Yana untuk 1 week kat sana.
Yeay dapat hadiah :)
My essential items: Nutriwhite Skincare from Shaklee, Elysian Booster Serum and Shaklee's supplements.
Then malam pulak, kami dibawa dinner di Maggiano’s 9101 Little Italy.
Thank You Shaklee hadiahkan VIVIX free :) Mula mule dah sedih dah Vivix tertinggal lupa nak ambil dalam fridge. Sekai rupa-rupanya ada hikmah Shaklee nah hadiahkan Vivix!
With my sidelines, Kak Hana and Aida :)
Tujuan utama Shaklee bawa kami ke US nih memang untuk join Global Conference nih. Dekat sini kita boleh jumpa semua SID dari serata dunia. Sangat best, dapat dengar sharing daripada mereka yang dah berjaya sambil berkongsi ilmu dan pengalaman masing masing.
Rata rata distributor dari negara luar semuanya melahirkan rasa kagum dengan kami dari Malaysia, sebab muda muda lagi ramai yang dah rank tinggi dan Master Coordinator pun sangat ramai dari Malaysia.
CEO Shaklee, Mr Roger juga ada mengulas berkenaan beberapa produk baru Shaklee antaranya Life Plan and Vivix in capsules. Doa doa lah produk baru nih juga bakal masuk ke Malaysia nanti :)
This is called as Life Strip, dalam 1 strip nih ada few supplements yang dah complete untuk our daily needs. Best kan? :)
Vitalizer Women, supplement khas untuk preggy mommies.
Kat Malaysia kita ada Vita Lea kan? Kat sana ada Vitalizer, siap ada 3 jenis lagi. Ada salah satu tu without iron, so Thalasemia patients boleh lah consume.
Selepas selesai Conference, kami dibawa pula untuk dinner di Paramount, berdekatan dengan Eyes of Orlando.
Kat hotel memang ada Wifi sentiasa, so balik jer bilik apa lagi kann.. Video call lah dengan putera kesayangan and Papa dia sekali :)
Siap flying kiss kat Mama. Mama terus banjir masa nih :')
Okayh sampai sini dulu, inshaaAllah nanti Yana sambung cerita kat Part 2 yer.
Assalamualaikum and have a nice day!
0 feedback(s):