Wednesday, January 4, 2017

Tips Meredakan DEMAM PANAS Anak.

Assalamualaikum and Hye semua 


Ingat tak saat kita terkena demam panas waktu malam? Lebih-lebih lagi kalau anak kita yang demam panas. Sambil menggigil-gigil dan muntah atas katil. Menggelabah bukan? Sebagai mama dan papa, kita jadi risau sampai apa pun kita tidak lalu selagi anak tidak sembuh sepenuhnya. Tidur pun tak cukup, asyik terjaga untuk pantau keadaan anak.


Anak yang lahir daripada darah daging kita merupakan suatu anugerah yang terindah dan amanah yang perlu kita jaga dengan sebaik mungkin. Pengorbanan kita sebagai mama dan papa dalam membesarkan anak-anak adalah satu pelaburan yang akan memberi ganjaran yang cukup besar di dunia dan akhirat. Di dalam menghadapi proses ini, kadang kala kita didatangi dengan ujian dan cabaran dalam membesarkan anak kita. Kadang kala sihat, kadang kala sakit. Apa jua ujian yang diberi oleh Allah dalam membesarkan anak-anak perlulah kita terima dengan sabar, berusaha dan banyakkan berdoa kepada Nya.


ANAK MUDAH DIJANGKITI PENYAKIT

Di sepanjang proses pembesaran bayi dan kanak-kanak, mereka akan mengalami gangguan kesihatan seperti demam. Anak kecil mudah dijangkiti bakteria atau virus yang boleh menyebabkan demam. Peringkat umur antara 1 tahun hingga 2 tahun terutamanya, mudah dijangkiti kuman kerana mereka dalam proses mengenal dan ingin mencuba. Jadi apa sahaja yang ada di depan mata mereka akan makan atau masukkan ke dalam mulut. Dalam peringkat ini juga, mungkin ada yang masih menghisap jari.

Apabila tangan anak basah, kekotoran mudah melekat pada tangannya. Kesannya, anak akan mudah demam kerana dijangkiti kuman. Jadi apa yang perlu ibu bapa lakukan? Mari kita lihat beberapa petua dan tips yang boleh membantu untuk meredakan demam anak.



 SUKAT SUHU BADAN ANAK


Check suhu badan anak dengan kerap.

Suhu badan yang normal ialah 36.7 C. Justeru, gunakan termometer yang boleh didapati di farmasi. Sebaiknya setiap rumah perlu ada satu tak kisah sama ada jenis letak di dahi, di mulut atau di telinga. Terpulang kepada bajet dan kemampuan. Alat ini penting dan perlu ada untuk kecemasan. Semasa anak demam, menjadi tugas kita untuk sentiasa check suhu badan anak. Jika terlalu panas dan melebihi 38 darjah celcius, ambil inisiatif untuk menurunkan suhu badan anak anda.



TUAM KEPALA DAN BADAN ANAK

Jika suhu badan terlalu panas, ambil tuala dan rendamkan dalam air. Kemudian tuam seluruh badan anak anda, di bahagian kepala terutamanya. Tuam juga di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha, dan celah kaki. Tuala yang dibuat tuam itu perlu di celup semula dengan air setelah digunakan. Jangan biar tuala itu di dahi terlalu lama. Jangan pakaikan baju yang tebal, hanya pakaikan singlet dan atau baju nipis untuk menutup badannya.

And juga boleh menggunakan KOOL FEVER, ada yang jenis untuk letak di dahi atau ada juga yang untuk di badan.


Jika masih juga panas, segera mandikan dia. Pastikan kepala dia sejuk sedikit dan tidak terlalu panas. 


 GUNA DAUN BUNGA RAYA JIKA ADA


Jangan guna bunga, guna daunnya sahaja ya.

Petua anak demam dari orang tua-tua harus dipercayai dan boleh diamalkan. Jika suhu badannya masih belum turun, pagi-pagi anda petik beberapa helai daun bunga raya, basuh dan kemudian rendam selama 30 minit.

Kemudian daun tersebut anda potong kecil-kecil. Kemudian tapis dan ambil lendir daun tersebut. Lendir daun bunga raya boleh menurunkan suhu panas badan. Celupkan tuala dalam lendir daun itu, kemudian lumurkan lendir di kepala dan seluruh badan anak anda. Cuba buat selama 20-30 minit, inshaaAllah demam anak akan kebah.


 BERI ANAK MAKAN BUBUR.



Gantikan makanan lain dengan bubur supaya mudah untuk dikunyah dan ditelan. Biasanya anak yang demam memang tiada selera untuk makan. Jadi tugas anda perlu pastikan perut anak tidak kosong.

Anak tiada selera makan kerana tekak mereka sakit akibat suhu badan yang terlalu panas. Jangan sampai terjadi tonsilitis. Masakkan bubur kosong dan hanya bubur sedikit garam sahaja, boleh juga masukkan sedikit ikan atau ayam dan sayur kegemaran anak. Pastikan dia masih mampu makan untuk sembuh dari demam. Berikan makanan yang lembut dan tidak menyakitkan tekaknya. Jika dia tidak makan, badan anak tidak cukup tenaga untuk melawan penyakit.

Aiskrim Vanila juga boleh diberikan kepada si kecil jika tekaknya sakit. Atas nasihat doktor, aiskrim vanilla dapat melegakan rasa panas dan sakit tekak. 


MINUM BANYAK AIR DAN SUSU

Berikan anak anda air masak yang secukupnya. Air masak perlu diberikan secukupnya kerana ketika demam, suhu badan yang meningkat akan menyebabkan badannya mudah kekeringan air. Badan yang kekeringan air lebih lambat untuk sembuh dan ini akan membawa kepada masalah yang lain pula seperti ketidakseimbangan elektrolit (garam galian) di dalam badan dan kalau kekeringan air ini dibiarkan melarat, boleh menyebabkan anak mendapat sawan, kerosakan buah pinggang dan otak dan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Jika anak anda minum susu formula, berikan susu formula yang selalu dia minum. Jika anak masih menyusu badan, berilah sekerap mungkin dia susu supaya panas badannya berkurang. Susu ibu juga penawar dan antibodi melawan penyakit.

Jika tekaknya sakit untuk minum, boleh juga tampalkan Kool Fever di tekaknya untuk kurangkan sakit tekak. Jus buah yang dicairkan, sup ayam atau sup daging, air nasi, air kelapa, air barli juga boleh diberikan jika anak anda sudah besar.


SENTIASA BERADA DI SISI ANAK


Anak perlukan perhatian yang lebih sewaktu tidak sihat.


Kita perlu sentiasa berada di sisi anak apabila dia memerlukan kita. Anak yang tidak sihat, mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Tanya keperluannya, perasaan dia, berbual-bual dengannya, bacakan buku kegemarannya atau tonton bersama cerita kesukaannya.

Apa yang dia mahukan jika masih tidak keterlaluan, segerakan beri kepadanya. Sentiasa memeluk dan mencium anak dan bisik di telinganya, "Mama sayang awak, get well soon okay sayang nanti kita pergi main kat playground."

 Beri semangat kepadanya. InshaaAllah anak anda pasti akan lebih cepat sembuh daripada sakitnya.


BERDOA PADA ALLAH

Doa seorang ibu sangat mustajab. Doa juga merupakan senjata utama dalam setiap masalah yang kita hadapi. Walau sejauh mana pun kita ikhtiar tetapi kita tidak memohon kepada Nya, sama lah macam kita tidak percaya kepada kekuasaan Nya. Jadi sebagai umat Islam, kita haruslah memohon pertolongan kepada Allah untuk memudahkan segala urusan kita dalam membesarkan anak-anak, berdoa agar diberi kesihatan yang baik kepada keluarga.

Boleh juga amalkan solat-solat sunat, banyakkan berzikir. InshaaAllah, Allah akan perkenankan doa kita. Allah tidak akan menguji melebihi kemampuan hamba Nya.

DOA DEMAM PANAS


Tindakan awal dari ibu bapa dapat mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku. Sawan terutamanya dapat kita elakkan jika semua langkah awal telah diambil. 

Jangan ambil ringan jika anak demam. Paling penting, jangan panik. Jika tidak tahu nak buat apa, terus bawa berjumpa doktor. Jika berlaku pada waktu malam, terus bawa ke hospital.

PENGALAMAN LYANA SENDIRI APABILA ANAK DEMAM

Beberapa hari lepas, Ayish kena demam panas package sekali batuk dan selsema lepas balik bercuti. Mungkin sebab terlalu kerap swimming dan bercampur dengan kanak-kanak yang lain, yang mungkin tidak sihat. Kebetulan supplement untuk dia pun banyak skip sebab sibuk berjalan ke sana sini maka tak consistent lah baginya. My bad :(


Apa yang Lyana buat ialah pertama sekali memang Lyana kerapkan tuam Ayish satu badan, masa dia tidur lekatkan Kool Fever di bahagian bawah leher, bawah ketiak dan celah celah peha.

Suhu badan memang Lyana check setiap setengah jam atau sejam, untuk make sure tidak naik terlalu tinggi. Then Lyana ada terbaca berkenaan MANDI LEMON. Yang nih pun terus buat, Alhamdulillah berkesan terus turun panas dia.

Untuk kuatkan kembali imunisasi Ayish, Lyana bekalkan supplement untuk dia iaitu MEAL SHAKES, CHEWABLE VITAMIN C dan VITALEA FOR CHILDREN.

NUTRIFERON pun boleh beri kalau anak dah lebih 2 tahun, memang terbaik untuk boost sistem imunisasi dia. Nutriferon ni dalam bentuk serbuk, macam Ayish hari tu Lyana mix kan dalam bubur dia.


Untuk masalah batuk dan selsema, Alhamdulillah terus reda lepas Lyana berikan AL KURMA. Kahak dia start keluar, macam lendir rupa dia.

And now, he's getting better. Dah ada selera makan dah Alhamdulillah :)


Untuk pertanyaan lanjut berkenaan produk SHAKLEE atau AL KURMA boleh terus hubungi Lyana menerusi whatsapp okayh :)



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com