Thursday, December 28, 2017

TRIP SHAKLEE: STAR CRUISE LIBRA PART 3

Assalamualaikum semua and Hye

Untuk entry kali ini, Yana nak sambung lagi share pengalaman Yana pada hari ke-3 Trip Star Cruise Libra 5 hari 4 malam Port Klang-Langkawi-Phuket-Penang bersama Shaklee. 


Pada hari ke-3 nih, aktiviti seharian kami memang tertumpu di Phuket sebab dari pagi sampai ke petang kami berada di sana :)

Macam biasa kami breakfast dulu dekat Mariners Restaurant. Lepas settle breakfast, kami berkumpul di Galaxy Of Stars dan seterusnya kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan aktiviti kami sebaik sahaja tiba di Phuket nanti. Keluar jer daripada Cruise kami terus menaiki sebuah bot dan bot ini seterusnya membawa kami ke Patong Beach. 


Masa dalam bot on the way ke Patong Beach.


Husband bakal join aktiviti Parasailing, Yana pulak bakal join aktiviti Sea-Walker.


Patong Beach, Phuket.

Dari Patong Beach, kami bergerak menuju ke bas yang dah sedia menunggu untuk membawa kami ke jeti. Next, kami dibawa menaiki speed boat menuju ke Banana Beach pulak. Banana Beach nih air dia lebih jernih daripada Patong Beach tadi. 


Ada macam-macam aktiviti yang Shaklee sediakan untuk kami di sini seperti parasailing, sea-walker, banana boat, zipline dan snorkeling.


Dari speed boat tadi nak ke tepi pantai kena lalu atas jambatan terapung warna biru nih. Mencabar jugak lah lagi-lagi bila ombak kuat.


Semua berkumpul mengikut aktiviti masing-masing.


With our uplines Master Daus and Master Nana. Masa nih sebelum mula aktiviti air semua.

Thanks to our super upline Master Dosh and Master Iffah for sponsoring us this awesome T-Shirt! team S2U Families semua pakai t-shirt nih masa kat Phuket. Semoga Allah murahkan lagi rezeki MIA sekeluarga, amin :)


Untuk aktiviti sea-walker, Yana dipakaikan satu alat di bahagian kepala yang ada oksigen sebelum masuk ke dalam air. Nervous jugak masa nih, lagi laa Yana nih tak pandai berenang sangat. Tapi bila dah masuk bawah tu terus okay jer, tak de lagi rasa takut atau cuak :)


Aktiviti sea-walker, jalan di dasar laut sambil melihat sendiri keindahan di dasar lautan ciptaan Allah :')


Husband tengah join aktiviti parasailing :)


Ada juga yang join aktiviti snorkeling.

Lepas settle aktiviti, it's lunch time. Jujur Yana cakap sepanjang trip Shaklee memang Yana tak pernah ada kesempatan nak rasa lapar, sebab Shaklee memang provide makanan cukup lengkap, on time and sedap sangat-sangat. 

By the way, makanan dekat Phuket memang terbaik. Kami dihidangkan dengan buffet yang ada macam-macam lauk masakan Thai. Air kelapa pun dapat seorang sebiji, air yang lain-lain ada juga disediakan. 


Fresh dan sedap air kelapa dia, manis rasa pandan.


Semua makanan yang sedap-sedap belaka.


And my favourite Pulut Mangga pun ada. Sangat sedap!

Selepas selesai lunch di Banana Beach, kami semua mula bergerak ke speed boat semula untuk kembali ke Patong Beach. Di sini kami diberikan masa beberapa jam untuk shopping. Dapat beli T-shirt untuk Ayish serta beberapa souvenirs seperti note book, keychain dan fridge magnet. 


Sempat Husband menembak :)

Selepas selesai shopping, kami kembali ke jeti untuk menaiki speedboat dan kembali ke cruise. Berehat seketika sebelum ke acara Gala Dinner "Captain's Night" pada malam tersebut. Semua kena berpakaian formal malam tu.


Our OOTD for Captain's Night :)


The course.


Lobster dia sooooo nice! All the food taste so good tapi sebab Yana jenis kuat makan maka I tak kenyang. Sambung supper kat Mariners :P


Lepas makan malam tu Yana pergi spa untuk full body massage. Fuhh rasa lega betul, almaklum lah seharian banyak berjalan dan join aktiviti air kan. So bila pergi massage tu memang release betul.

Next entry nanti inshaaAllah Yana akan sambung lagi cerita berkenaan hari ke-4 pula kami di Penang. Stay tuned :)



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com