Wednesday, October 1, 2014

Sharing untuk IBU HAMIL: 13 Makanan untuk Tambah Darah

Assalamualaikum semua.

Untuk hari nih, Lyana nak share berkenaan ANEMIA, tapi Lyana nak tekankan khusus untuk ibu hamil. Since Lyana pun tengah hamil, jadi boleh lah sama--sama share untuk ibu hamil yang lain. But for those yang ada masalah anemia nih tapi tak hamil pun boleh jadikan sebagai panduan okayh :)


Kebiasaannya, ibu yang baru hamil dan hamil buat kali pertama mungkin masih belum mengetahui tentang anemia semasa hamil. Akan tetapi, kepada sudah ada pengalaman hamil lebih daripada sekali biasanya mereka nih lebih arif dengan perkataan anemia, haemoglobin, zat besi dan yang seangkatan dengannya.

Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah hemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan. Jumlah haemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL. Manakala bagi wanita hamil, jumlah haemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Biasanya jumlah haemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah haemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu hamil akan sangat berisiko menghidapi anemia.

Khusus buat ibu hamil, sila ambil perhatian kerana anemia boleh menyebabkan kelahiran pra-matang. Ibu hamil yang menghidap anemia sering berasa letih dan lemah. Kekurangan zat besi, folat dan vitamin B12 adalah punca utama berlakunya masalah anemia. Bayi di dalam kandungan akan menyerap nutrien yang diambil oleh ibunya. Oleh yang demikian, ibu hamil perlulah mengambil makanan yang mengandungi zat besi, folat dan vitamin B12 dalan jumlah yang lebih berbanding sebelum hamil untuk mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah. Jika kurang darah, banyak kesan yang kurang baik. Oleh itu, hindari simptom dan tanda penyakit kurang darah lebih awal.


So here, Lyana nak share senarai makanan yang dicadangkan untuk penghidap anemia. Semoga bermanfaat dan boleh dijadikan sebagai panduan :)

Antara Makanan Untuk Tambah Darah:

1. Daging Merah

Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Anda perlu tahu bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap berbanding sumber lain.



2. Brokoli

Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan.



3. Pisang

Pengambilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan peghasilan sel-sel baru.


4. Kekacang

Kekacang adalah salah satu sumber untuk mencegah anemia. Ambillah kekacang sebagai snek menggantikan makanan ringan.



5. Hati

Hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatan darah. Walau bagaimanapun, pengambilan hati terlalu kerap tidak digalakkan kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak.


6. Bayam

Untuk pengetahuan penghidap anemia, bayam merupakan makanan paling baik di dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia.


7. Kerang

Kerang juga terkenal dalam mencegah anemia. Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan cara masakan yang berlainan agar tidak bosan.


8. Telur

Telur bahagian kuningnya sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan penghidap anemia. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.


9. Oat

Oat yang boleh melawan anemia semasa hamil memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan berserta zat besi. Oat juga mudah dicerna. Ibu hamil sangat sesuai mengambil oat.


10. Buah delima

Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.


11. Madu


Pastikan anda mengambil madu di dalam menu harian anda jika anda mengalami anemia. Madu boleh juga menggantikan gula di dalam minuman dan makanan.


12. Kurma

Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda.


13. Kismis

Buah anggur yang dikeringkan dipanggil kismis. Kismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan. Buat kismis sebagai snek harian dan didiklah juga anak-anak makan kismis sejak kecil.

VITA-LEA Shaklee, multivitamin and multimineral yang lengkap dengan zat besi, folat dan vitamin B12.


Lyana nak share berkenaan pengambilan supplement Vita-Lea iaitu supplement Shaklee untuk mereka yang menghidapi anemia atau berisiko untuk menghidapi anemia, comparison before consume and after consume.

Masa awal pregnancy, Lyana cuma consume Folic Acid and Neurogain from Doctor, tak berani nak makan supplement lain dulu sebab Lyana ada history miscarriage. Shaklee punya masa awal-awal tu Lyana ambil cuma Ostematrix, sebab Lyana tak boleh telan susu masa tu akibat daripada morning sickness yang teruk.

Ibu hamil memerlukan calcium sebanyak 1000mg per day. Agak-agak tak boleh telan susu tu boleh ambil calcium supplement sebagai pengganti.

Dari awal check up, Blood Pressure Lyana sentiasa di tahap mendekati LOW BP which Doctor kata berisiko menghidapi anemia. Sebenarnya, low BP problem ni memang dah lama Lyana ada dari zaman sekolah lagi. Lyana selalu pitam masa perhimpunan sebab perhimpunan kena berdiri, masa kat Matriks pernah pengsan kat lab, kat UKM pernah pengsan kat bilik air. Ni antara kisah "pitam and pengsan" yang tak boleh Lyana lupa sampai sekarang.

Masa pregnant nih awal-awal tu ada sekali Lyana pitam kat Medan ikan bakar, time tu lepas makan bukan sebelum makan. So here Lyana perasan Lyana ni cepat pitam bila Lyana berdiri terlalu lama, Lyana lambat makan and lagi satu bila keadaan sekeliling agak panas.

So masuk 2nd Trimester jer Lyana stop Obimin then Iberet Folic yang Doctor bagi tu, Lyana ambil Vita-Lea Shaklee. Nak tau tak apa komen Doctor on the next check up? He said, "Haa kali nih BP punya bacaan cantik!" Lyana bagitau yang Lyana makan Vita-Lea and dia suruh continue sebab nampak positive effect kan. Ohh and bacaan HB pun mantap, Doctor puji jugak :)

Besides improvement in terms of my BP readings, badan memang rasa lebih bertenaga and tak cepat letih. Kalau tak dulu asyik nak tidur je. ESP Lyana tau bagus amalkan tapi kadang-kadang Mak Buyung ni pemalas bancuh. So nasib baik ada Vita-Lea. Another thing is in terms of kulit, memang rasa tekstur jadi lebih smooth sejak consume Vita-Lea, combine pulak dengan Vita-C memang vavavoom! Tak de lah terkilan tengok orang lain sibuk consume Vivix and Collagen sebab Lyana amalkan Vita-Lea and Vitamin C nih pun kulit dah macam consume Vivix dengan Collagen 


Nanti lepas bersalin sampai bila-bila tak nak stop dah Vita-Lea. Dah jadi Mama lagi kena banyak energy, kot la dapat baby active sebab makan Shaklee nih. Doakan Lyana sihat and selamat melahirkan nanti, inshaaAllah due end of November or early December nih.


Rumusan:

Menjaga jumlah hemoglobin dalam darah sangat penting kerana ini melibatkan janin yang dikandung. Banyakkan makan makanan yang kaya dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi. Di samping itu, hindarilah makanan dan minuman yang berkafein kerana kafein boleh mengganggu penyerapan zat besi. Kalsium juga boleh menganggu penyerapan zat besi. Ibu hamil disarankan untuk mengambil kalsium sebelum tidur. 

**That is why VITA-LEA and OSTEMATRIX tak boleh diambil dalam waktu yang sama. Vita-Lea ambil pagi, Ostematrix pula malam.

Ibu hamil yang mengalami anemia biasanya akan diberi pil zat besi dan juga obimin oleh pihak klinik semasa pemeriksaan antenatal. Anda dinasihatkan untuk mengambil ubat-ubatan ini berserta vitamin C agar lebih mudah diserap. Contohnya makan pil zat besi bersama dengan air jus buah-buahan. Elakkan dari minum susu sejam sebelum dan selepas makan ubat atau ia akan menjadi sesuatu yang sia-sia.

**Lyana biasa consume VITA-LEA dan VITAMIN C dalam masa yang sama. Dulu pernah try makan Obimin, Iberet Folic yang Doctor BAGI tapi memang tak jalan. Lyana still kerap nak pitam and pening, BP and HB pun low masa tu. Lepas consume Vita-Lea alhamdulillah memang okay sangat-sangat.

Lyana doakan buat ibu yang sedang hamil dapat menjaga diri dan kandungan agar terhindar daripada gejala anemia. Paling penting: 

❤ Amalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang. 
❤ Rujuklah kepada pakar sekiranya badan berasa cepat letih dan tidak bermaya.
❤ Dengarlah nasihat doktor dalam membantu anda untuk melawan gejala anemia ini. 
❤ Makan ubat / supplement mengikut jadual serta boleh cuba makanan untuk mencegah anemia seperti yang telah Lyana senaraikan. 

Fikirkan tentang kesihatan anda dan baby. Baby kat dalam tu perlukan nutrien yang mencukupi untuk membesar dengan sihat :)

Till the next entry, Assalamualaikum and have a nice day lovelies.

Your Shaklee Health and Beauty Consultant
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 016-2099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee & @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com