Wednesday, January 21, 2015

20 Petua Untuk Mengempiskan Perut Selepas Bersalin.

Assalamualaikum..

Entry ini khusus Lyana share dengan Mama-mama yang baru lepas bersalin tengah berpantang tuu, nak kembali kurus, flat dan langsing balik kan selepas bersalin? InshaaAllah moga bermanfaat untuk anda semua cuba sendiri ya :) 

 Yeay! Mama Ayish dah habis pantang, dah start drive balik 
dah Alhamdulillah.

Baby Ayish makin bambambam mashaaAllah :')

Okayh, di bawah ini Lyana kongsikan petua tradisional untuk mengempiskan perut selepas bersalin yang Lyana jumpa menerusi Encik Google. Yang tak bersalin pun nak kempis boleh lah cuba juga yer.

Petua Untuk Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

#1: Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal, titiskan beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin yang lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung. Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas bersalin.
 

#2: Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.
 

#3: Ambil sedikit beras dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya. Kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.

#4: Ambil halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

#5: Ambil lengkuas padi/helang/ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.

#6: Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.
 

#7: Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

#8: Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.

#9: Ambil lada hitam lebih kurang 2 ½ genggam. Kemudian tumbuk halus, campur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian, bengkung kuat atau ketat.

#10: Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.

#11: Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke bahagian perut yang buncit.

#12: Campurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehinnga nampak perubuhannya.

#13: Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

#14: Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.

#15: Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

#16: Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

#17: Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam - 3 jam kemudiannya.

#18: Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.

#19: Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.

(Sumber: www.opzzpinky.my)
 

So anda boleh pilih sendiri mana yang anda ingin cuba, Lyana pun cuma amalkan yang petua nombor #14, selain itu Lyana banyak amalkan makan halia dan kunyit yang ibu biasa masukkan sekali dalam lauk berpantang. Sayur yang Lyana banyak amalkan ialah sawi, lobak putih dan lobak merah yang sememangnya bagus juga untuk banyakkan susu badan.


  
Antara menu Lyana semasa berpantang, memang sebulan tu makan ikan, sayur dan daging sahaja. Ayam pun Lyana start masuk nak dekat hari ke-40 time nak habis pantang.

Kalau melihatkan pada title, ada 20 petua kan Lyana tulis? So ini petua yang ke-20, Lyana nak kongsikan supplement Shaklee yang Lyana amalkan sehingga Lyana berjaya turun 10kg bila habis berpantang tanpa senaman atau berbengkung since Lyana bersalin secara operation :)



Lyana takde skip nasi, mesti makan paling kurang 2 kali sehari iaitu semasa lunch dan dinner. Lyana makan nasi sepinggan, tak lebih tak kurang. So Lyana akan pastikan Lyana makan ikan and sayur lebih, so perut kenyang dan susu pun takde lah berkurangan since Lyana breastfeed baby. Ayish pulak memang subhanAllah kuat sangat menyusu nye, so Mama dia makan pun kena lah cukup.

Lepas makan, Lyana akan make sure untuk ambil 3 supplements iaitu OMEGA GUARD, LECITHIN and ALFALFA.

OMEGA GUARD: Bakar lemak, atasi masalah perut buncit dan selulit.

LECITHIN: Emulsi dan Pemecah lemak, also yang breastfeeding bagus ambil nih untul elakkan bengkak susu.


ALFALFA: Detox, lawas, also sebagai MILK BOOSTER sememangnya terbaik.

Sebelum Lyana terlupa, ESP pun ambil juga tapi time pagi and malam jer. So takde lah lapar sentiasa, sebab breastfeeding mommies nih memang cepat lapar okayh asyik nak mengunyah jer rasa tau. Dari makan yang merepek meraban, bancuh ESP lagi bagus. Perut kenyang, berkhasiat, susu meriah, badan slim juga bonus kulit cantik berseri plus badan lebih bertenaga even tak cukup tidur.



Untuk Mama dalam pantang dan bakal Mama, satu lagi yang Lyana sarankan ialah berikan lah anak anda susu badan selama mana yang termampu. ini juga salah satu cara nak kecutkan rahim dan kempiskan perut dalam masa yang sama. Dengan syarat, kena lah juga amalkan pemakanan yang betul dan seimbang. tak salah makan banyak atau lebih sebab nak maintain susu badan banyak, tapi make sure ambil pemakanan yang siha.


Till then, Assalamualaikum and Have a nice day :)

Your Health and Beauty Consultant
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee , @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)

 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com