Sunday, October 14, 2012

Resepi Puding Biskut ♥

Assalamualaikum..

Hari nih nak share dengan uols resepi Puding Biskut, dapat from my friend's mum. Alkisahnya dak kawan nih selalu laa bawa bekal Puding Biskut nih pegi ofis. Lama-lama makan sampai seru nak mintak resepi nak cuba buat sendiri lagi puas makan dapat buat banyak-banyak. Selalu dia bawa bekal kena kongsi ramai-ramai dapat lah dalam dua tiga suap. Sobs..

Memang marvelous untuk buat pencuci mulut, senang and bahan-bahan pun tak mahal. Puding Biskut nih dah macam ala-ala Puding Roti tapi lagi simple and senang nak buat dia.


Tengok jagung tuhh.. Ohh myyyyyyy... Nyummyyy :D

Bahan-bahannya:

1 tin susu cair
1 tin jagung krim
3/4 cawan gula
2 sudu tepung custard
2 sudu tepung jagung
2 sudu marjerin
Biskut Marie (saya suka cappucino!)

Cara-cara membuatnya:

Campurkan susu cair, jagung krim, gula, tepung custard and tepung jagung dalam periuk. Masak bahan-bahan yang dicampurkan tadi dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati and menjadi pekat.

Bila dah pekat, baru campurkan marjerin. Kacau lagi and lagi sehingga sebati lalu tutupkan api.

Cari lah bekas Pyrex ke untuk masukkan adunan tadi. Uols kena buat layer-layer. Tuang adunan tadi ikut ketebalan uols suka, then susun biskut Marie rapat-rapat atas adunan tadi. Then tuang lagi adunan tadi lepas tuh ratakan and susun lagi biskut Marie rapat-rapat atas dia. Ulang langkah tadi sampai empat hingga lima layer dah mencukupi.

Biarkan kejap, lepas tuh dah boleh makan. Masuk dalam fridge pun sedap nanti makan dia sejuk-sejuk.

Selamat mencuba! :)



♥ Jom usha koleksi terbaru at White Lavender ♥
Boleh pakai time this coming Aidiladha.





16 feedback(s):

pakDin said...

waaaa..boleh ar ni jadik isteri mithali nanti

Lyana Hisham said...

insyaAllah :)

nabila azmi said...

nice..nak cubela..timekasih kak=)

WH ღ said...

waah, cm sdp jee.
nnty nk cube. mekasih akk ^_^

panglima harapan said...

nice..simple jaa nak wat. hat simple2, sy suka. hehe..

Shazwani Ramly said...

sedap sedap :)

Cik Puan Syeeda said...

wah..preparation nk bergelar isteri nihh.. kna bljar masak byk2 esp masakan kegemaran encik suami!

nabila azmi said...

dah cube...tpi xscntik yg akak wat la..hihi..thanks for the recipe!!..like it!!

http://nabilaazmi.blogspot.com/2012/10/puding-biskut.html

Bangau merah said...

yups tahniah awak kamu diantara orang yng mendorong BINI saya rajin bershopping di internet..ingt dok umah duit jimat x keluar dan membeli..rupanya baik nyer dok adjust ponggong dok depan pc..dan semoga sentiasa dimurahkan rezeki kamuu

:: Sarah Zainuddin :: said...

Sedapnye! :)

cimon said...

Perghh... terbaik ~~!!!

vera rahman~ said...

Salam Yana,

Thanks for the recipe. Senang gler dan sedapppp. Buat semalam utk en suami:))



AimiiiLove said...

Comelll! haha

Fine, terbaca entry ni time puasa. FINE. haha

Unknown said...

Salam, akak. sy dah cuba buat! dan kwn2 semua ckp best. cuma sy pnyer adunan tak pekat, dia cair. mcm mana yer nak pekatkn? tq kak :)

Unknown said...

Salam, akak. sy dah cuba buat nie dan kwn2 semua ckp best. Tp adunan sy tuh dia x pekat, jadi cair wlau dah smalaman letak lam fridge. blh sy tahu mcm mana nk pkatkan yer? tq :)

Lyana Hisham said...

w'salam dear.. kena kacau rata2 ms atas dapur..klau x mmg x bp jd nnt sbb custard x cukup rata :)



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com