"B, ni cuti lama nih nak pegi mana nih?"
"Hurmm.. Vietnam nak?
"Orang kata kat situ kalau tak ikut pakej susah cari makanan halal.."
"Guangzhou?"
"Diorang pandai ke cakap English? Kang macam ayam dengan itik lak.."
"Sayang laa itik"'
"Haippp! Betul-betul laaaa.."
"Haa susah sangat kita pegi Bandung lagi laa.. Boleh tempah baju.."
"Serius? Kalau confirm sayang booking!!"
"Excited mak aihhh! Haa okay je sayang as you wish.."
"Hehehek!"
Seminggu sebelum baru booking flight.. Hamik kau! Dua orang pegi balik 1k lebih.. Tapi okay lah sebab flight balik nanti kitorang book baggage berat sikit. Dah tau dah bakal borong kain and baju kannnn ;)
Dulu stay kat Amaris, Fave Hotel.. Dedua tu okay lah, murah.
This time pegi, we stayed at Gino Feruci Braga. Hotel nih kebetulan ada promo, 1 night stay RM130 aje. Memang berbaloi-baloi lah :)
Location memang strategic, tak de lah jauh sangat dari Pasar Baru boleh naik angkut jer. Naik angkut murah kalau tak silap seorang 2000 rp, berapa sen jer duit kita. Kalau naik taxi dalam 30,000 rp, dalam RM8 jugak lah.
This was at Kampung Gajah. Ni tempat theme park, water park pun ada. Kitorang tak main all the games sebab tak bawa baju spare lah pulak.
Ikan Gurame goreng kipas yang terbaik di Sangkuriang. Pak Gunawan yang recommend, memang terbaekkk!!
Pak Gunawan nih one of the best supir yang kitorang pernah ada masa trip to Bandung. Dia nampak macam otai tapi baik hati and suka buat lawak. Siapa nak contact num boleh email saya :)
Okayh, I borong kain cotton memang super berlambak sebab semua cantik-cantik and kat sana berkualiti tinggi tak sama macam jual kat sini dah lower gred. So here ada few designs to be released:
7 feedback(s):
bandung memg tempt pling sesuai kalau nk beli belah :)
salam, kat mana ye beli inner shawl tu. Nampak cantik terletak je..hehe
inner ni kite jual :)
salam lyana....kain JT03 ada lagi tak? nak yang itu
Ada yunk :)
lyana, boleh share nama kedai yg u tempah baju tu? thanks.
hi...
bole sharekan contact no supir and nama kedai yang u tempah baju kat pasar baru tu tak?pretty pliss...