Thursday, September 28, 2017

SHAKLEE'S INTERNATIONAL TRIP 2017: JAPAN


Assalamualaikum semua and Hye

Syukur Alhamdulillah, this was my third time to join Shaklee's International Trip. First one ke Italy and second one ke Orlando, US. Kali nih ke Japan pulak dan yang paling best, tak pergi seorang lagi sebaliknya pergi berdua bersama suami. InshaaAllah next year bakal bawa Ayish pulak :)

Kenapa Ayish tak ikut? Haa.. Good question.

Sebenarnya Shaklee ada buat requirement untuk pergi which is for kids kena umur 4 tahun ke atas. Ada sebab sebenarnya Shaklee tetapkan syarat, itinerary memang agak pack dan banyak melibatkan aktiviti fizikal untuk berjalan agak jauh. So kalau budak budak memang kesian laa, penat sangat nanti.

So inshaaAllah next year, kami bakal bawa Ayish untuk join sekali. Moga Allah permudahkan, Mama kena work hard untuk kumpul points for extra tickets nih.

Okayh, sambung cerita pasal Japan. Our flight was on 13th May 2017, 7.50 pm with Thai Airways and kami transit di Bangkok sebelum sampai di Nagoya Airport, Japan. Kami berada di sana lebih kurang seminggu, flight balik 20th May 2017.



Before departure at KLIA.



Arrive at Nagoya Airport, Japan.



Sampai sampai jer kami diberi feel breakfast style orang Jepun, first time sebenarnya makan Onigiri nih. Rasa dia not bad, boleh tahan sedap.



Before check in ke hotel, shopping dulu di Toki Premium Outlet.


THE HOTELS

1. Gero Sumeikan Hot Springs

Our first place to stay was a traditional hotel, Gero Sumeikan Hot Springs. Memang hotel nih mengekalkan ciri-ciri tradisional masyarakat di Jepun. Hotel ini juga mempunyai Hot Springs tapi kalau nak masuk tak boleh pakai apa-apa ya. Maka, kami ber-huhu jelah of course tak pergi.









 Waktu pagi memang diorang buat table setting macam nih, 
bila malam diorang akan kemas kan tilam style tatami.






 Gift from Shaklee, thank you!

Kami dihidangkan dengan Kaiseki Dinner, dengar cerita kat Malaysia kalau nak makan Kaiseki Dinner nih seorang berharga dalam RM500. Ada yang okay untuk ditelan dan of course ada juga yang tak boleh diterima tekak, almaklum lah tekak Melayu kan :)


Kaiseki Dinner nih ada banyak course, nih baru main course sebenarnya.


2. Yatsugatake Royal Hotel 

Another traditional hotel, tidur malam style tatami jugak. But apa yang Yana perasan both hotels yang kami stay nih bilik dia memang old school sangat. A very good experience of the Japanese Culture, memang suatu pengalaman yang Yana takkan lupakan :)





Bath tub dia style betul, kecik aje.

3. Tokyo Imperial Hotel

Of course, hotel nih paling best and paling selesa. Nak jalan jalan pun senang sebab ianya terletak di tengah tengah Bandar Tokyo :)











THE PLACES

1. Takayama

Sebuah pekan kecil yang mempunyai morning market, kedai kedai dan sebuah kawasan ala ala Jonker Walk. Macam macam souvenir boleh didapati di sini.
















2. Shirakawa Go


Sebuah perkampungan Jepun lama yang menggambarkan kehidupan orang asli di Jepun. SubhanAllah such a beautiful place, breathtaking views and fresh air.


Bersyukur sangat sangat diberi peluang untuk explore satu lagi bumi Allah yang sangat indah.









3. Tateyama

Perjalanan nak naik keTateyama Kurobe Alpine Route atau juga dikenali sebagai "The Roof of Japan" memang agak mencabar. Kat sini lah ada Snow Wall, suhu dalam 4 degree celcius :)

Istimewanya tempat nih nak pergi kena booking awal yer, sebab limited reservation. Snow Wall nih pun hanya ada dari bulan April sehingga Jun sahaja.

Orang Japan sangat menepati bab bab masa nih. So tour guide kami memang keep remind a day before untuk siap sedia on time! Sebab kalau terlepas turn kami, kami takkan dapat sampai di Alpine Route Tateyama.

Untuk sampai ke puncak, kami perlu menaiki beberapa jenis pengangkutan - bas, tram, bas semula dan waktu turun kami naik cabel car. Memang letih sikit tour yang nih tapi bila sampai jer puncak tengok kiri kanan semua dinding salji dengan view yang sangat indah terus hilang rasa letih.

SubhanAllah, such a beautiful place! Speechless tak terkata masa mula mula sampai. My first experience sentuh real snow, bersyukur sangat sangat kerana diberi peluang untuk merasai nikmat keindahan di salah satu bumi Allah ini.







4.Ishihara Nojo - Strawberry picking


Serius, strawberry paling sedap yang Yana pernah rasa :)

Manis, berlemak and melt in mouth! Lain dengan yang Yana pernah makan kat Cameron dan kat Bandung.

Kalau nak tahu sebenarnya musim strawberry habis dah. Nih Shaklee booking khas untuk kami warga Shaklee yang join trip kali nih. Thank you Shaklee!




5. Shiba Sakura Flower Festival at Fuji Motosu 

Kat sini ada banyak bunga Pink Moss yang cantik sangat sangat!

Sakura pun ada lagi tapi tinggal sikit jer sebab time kitorang datang nih dah habis musim dia. Enjoy the view!






6. Shaklee Japan Home Office

Yang nih semestinya semua warga Shaklee paling excited nak pergi!

Shaklee Japan sangat best, produk skincare and make up pun ada. Mudah mudahan lepas nih Shaklee Malaysia boleh lah bawa masuk produk dari Japan.







With Shaklee Japan GM :)


7. Tokyo Disneyland

Pergi sini tanpa bawa anak adalah sesuatu yang tak best. Mungkin sebab dah jadi mak mak, nampak segala apa semua ingat kat anak :')

InshaaAllah ada kesempatan masa nak bawa Ayish ke sini.






THE FOOD

Sejujurnya, Yana bukan penggemar "raw food" so I only enjoyed eating tempura the most masa pergi trip Japan. Yana share antara makanan yang kami nikmati sepanjang trip, semua Shaklee yang sponsor kami bawa perut jer :)





 Lunch yang nih best!




 Lunch sini pun best, kat Perkampungan Ninja :)



Trip Shaklee ke Japan kali ini merupakan antara yang paling best Yana pernah join sebab kali ini Husband pun ada bersama, also dua orang anak didik Yana juga berjaya turut serta :')

 Feeling bila Husband ikut sekali memang lain, dua kali sebelum nih pergi seorang jer :')

With my two anak didk, Irine and Ainur :)

Pengalaman ber-Yukata yang takkan ku lupakan sampai bila bila, one of the best memories semasa trip Japan.

Thank you Shaklee for this opportunity! InshaaAllah aim next year trip nak bawa dak Ayish sekali. Moga Allah izinkan dan permudahkan.

Next trip with Shaklee will be this November, inshaaAllah Yana dan Husband sekali lagi bakal ke trip Star Cruise.

Next entry Yana akan share berkenaan event Master Celebration.

Stay tuned :)



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com