Wednesday, November 7, 2012

Kisah Si Darah Manis.

Assalamualaikum..

Ada orang sekeliling tak kisah alam nyata atau pun alam maya, bertanyakan kepada saya apa beza hubungan masa sebelum bertunang and selepas bertunang?



1.Sejak bergelar tunangan orang nih, banyak perkara yang saya mula jaga dengan lebih detail yang paling utama sekali pergaulan dengan kawan lelaki yang lain. Kalau dulu, mungkin berbalas sms and sesekali menerima call bertanya khabar tu perkara yang biasa.. Yelah, setakat kawan call tanya sihat ke tak bukan suatu perkara yang peliks. Same goes to him jugak kawan perempuan yang tak berkenaan hantar message, "Delete"..

2. Bila nak keluar pegi mana-mana dah jadi habit untuk call bagitau yang kita nak keluar..

"Awak, saya nak keluar pegi Maybank kejap."
"Awak, saya bawa ibu keluar pegi Econsave. Ibu nak beli barang dapur."
"Awak, saya nak pegi clinic bawa adek, dia demam."

And so on..

Paling common bila Encik Tunang call,

Bila pagi.. "Assalamualaikum Cik Tunang saya.. Dah siap?"

Bila menjelang maghrib.. "Awak, saya baru balik keje nih.. Penaaaat.. Hari nih bos torture lebih bagi keje banyaaak.."

3. Bila call jer asyik cakap and discuss tarikh nak kawen padahal kursus kawen tak pegi-pegi lagi. Haha dah kena sound dengan ramai orang nih..

Encik Tunang, "Awak, kita cepatkan bulan tiga boleh tak?"
Saya jawab, "Haa gila? 3 bulan nak prepare semua tak naaaaaak!"
Encik Tunang, "Alaaaa.."

Paling obvious sekali, perangai kecomelan Encik Tunang sudah terserlah. Dulu tak berapa nak comel lepas tunang menjadik-jadik. Tak pe, orang kata anak bongsu nih memang mengada :P Nasib baik Cik Tunang dia nih Puteri Sulung.

4. Lepas cakap pasal tarikh kawen, cakap pasal wedding theme pulak. Last-last melalut sampai bincang nama anak. Apekahh? Sampai ibu sound, "Dari mana datang anak tu?" Haha terdiam kau terusss.. Kelu lidah untuk berkata-kata! -_-

5. Encik Tunang jadik makin penyabar dengan saya, saya pulak menjadi sensitip terlampau kadang-kadang tuh.. :') Ibu and ayah pun kagum dengan kesabaran dia sampai sekarang nih saya rasa dia lebih disayangi ibu and ayah.. Tapi tak pe, tak jealous pun kan bakal suami saya jugak. Hiks!

Okay dah tuu jer nak share, yang lain simpan sendiri. Memang manis bila berdarah manis, tapi dugaan tetap ada. "Langit tak selalunya cerah, bulan tak selalunya terang. Begitu lah kehidupan, tak selalunya indah. Tapi, di setiap hujan yang turun insyaAllah ada pelangi yang muncul selepasnya.."

Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan segalanya. Doakan urusan kami dipermudahkan, bulan depan baru plan nak pegi kursus kawen :)

Have a nice day ahead dearies, Assalamualaikum.

P/S: Cukup je 3k follower belog ini, saya akan buat give away insyaAllah.. Tak penah buat lagi kannnn.... :)



18 feedback(s):

nabila azmi said...

hehe...sweet...=)...

NZ said...

bila majlisnya kak yana..jgn lupa jemput..hehe

Cik Kumbang said...

sweetnya :)

Mama Ta said...

semoga dipermudahkan segala urusan biar cepat-cepat naik pelamin :)

wiTch yU KiE... said...

best nye n sweet sngt...
hope semuanye berjalan dengan lancar..amin

panglima harapan said...

wahh...menariknya jd tunangan owg. masing2 jadi caring, loving. suka2! hee~~

btw sis, kami yg follow akak always pray for ur happiness with ur beloved en. tunang :)

kakak lyana, give away tue mcm org bg somthing yg free dekat kita kan? mcm mna nak dptkan give away tu?

Unknown said...

sgt sweet sama la mcm sy..hehe..hope everythng berjalan lancar..=)

Meeda said...

Semoga dipermudahkan segalanya. InsyaAllah. :)

Unknown said...

Bestnyaaaaaa. Tak sabar for your wedding :)

Lyana Hisham said...

thank u dearies for your wishes n doa.. insyaAllah, next yr tp bln brp tu biarla rahsia dlu ye :)

teterbang, giveaway tu bg hadiah kat org.. just for free sbg penghargaan mcm tu :)

Shahada Fauzi said...

haha..same la..saya dengan tunang pun bincang pasal tarikh takmau2..tapi kursus pun tak pergi lagi..boleh la geng cenggini..kui3..


didoakan semoag urusan yana dgn si dia berjalan lancar..insyaAllah..amin..

Cik Puan Syeeda said...

Enjoy this moment. Akak suka msa zmn akak bertunang dulu. Mmg sweet. Bila dh kawen,kisah2 sweet mnjd lebih sweet, tp ditambah dgn pelbagai dugaan & cabaran alam rumahtangga.proses penyesuaian diri bersama en.hubby.

yana said...

besnye..yana ni lg la tlebih excited akak,...dh ambik dh kursus kawen..ambik siap2 kat poli..he3..

Myra Abdullah said...

wah bestnye..so sweeeeetttt =D

Shazwani Ramly said...

kira seronok lah kan bile dh masuk alam tunang ni kak lyana? haha. sweet jeh both of you. cepat cepat la majlis besar ehhh. hihik

WH ღ said...

kak yana.. shewiiit. ni jeles nih. tetibe kan. hehehe. nway. semoge akk n si die sntiase hepy. :)

cik fadh said...

sweet sgt ! xsabar nk tempuh ke alam tu...bru kene risik pown da jiwang smpai ke laut 2 3 hari, ni kan da officially engaged kan..

MisEyz BLurz said...

sweetnyaa....hihi...semoga urusan dipermudahkan^__^



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com