Assalamualaikum..
Hari ni dah 10 Januari 2013. Cepatkan masa berlalu, dah lebih seminggu kita jejak tahun baru 2013 nih. Seperti semalam rasa baru masuk zaman persekolahan, habis SPM, sambung belajar kat martikulasi, lepas tu masuk universiti dan graduation day. Dua bulan lepas grad mula bekerja, until now kat meja ni lah yang saya duduk sejak dua tahun lebih yang lalu. Bezanya sekarang laptop, dulu mula-mula masuk pc jer.
And Encik Tunang.. Macam tak percaya dah masuk tahun ketujuh tempoh perkenalan kami dan lebih kurang empat bulan kami mengikat tali pertunangan selepas berkawan selama enam tahun. Insya-Allah kalau dia memang jodoh yang Allah tentukan untuk saya, lagi beberapa bulan dia akan menjadi kekasih halal saya :')
Gambar nih masa zaman matrikulasi, yang ini je tinggal. Gambar lain dulu
dalam henfon lama, memory card rosak semua hilang. Tak pe lah, yang
penting gambar dengan si Hang Jebat nih ada ;)
Gambar masa tahun lepas, we'll be there again soon insya-Allah. Can't wait!
But this time dengan misi mencari apa-apa yang patut :)
Last year, August 2012. Our Engagement day..
Tempoh masa enam tahun lebih yang cukup mendewasakan kedua-dua kami. Dari perangai keanak-anakan dah jadi lebih dewasa. Even kadang-kadang tuh I admit that I still have that childish attitude.. I am so grateful and thanks to Allah for giving me a man who accept me the way I am, without nagging even I could annoyed him with my words, sometimes laa. Also yang I perasan, his jealousy pun dah berkurang semenjak lepas bertunang nih just I am the one yang kadang-kadang ada perasaan jealousy tu lagi sikit-sikit. Ape kehal la minah nih kan.. Rasa nak lempang muka sendiri! >_<
Bila fikir nak melangkah ke alam perkahwinan, rasa happy and sedih semua pun ada.. Happy sebab kita nak hidup dengan orang yang kita sayang, sedih sebab kita akan tinggalkan family untuk hidup dengan suami, especially ibu.. Since lepas grad dah duk berkepit dengan ibu, hari-hari balik keje nampak muka ibu, malam sebelum tido jumpe ibu, pagi sebelum pegi keje salam ibu.. Makan semua mostly ibu yang sediakan, ada masalah luah kat ibu, sakit pening yang jaga ibu, malahan mengantuk kat ofis yang jadi mangsa pun ibu (mesti call ibu mengadu mata mengantuk!). Nanti balik Raya pun dah kena bahagi masa sebab ada dua rumah: rumah ibu ayah dan rumah mertua. Seorang perempuan, bila lepas berkahwin suami lah hidup dia.. Suami yang akan bimbing dia, syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami bukan ibunya lagi. Itu yang membezakan anak perempuan dan anak lelaki sebab anak lelaki apa-apa pun ibu dia tetap nombor satu.
Lepas tuu kan.. Tengok kat facebook kawan-kawan masa zaman sekolah, matriks and universiti dah mula upload gambar tunang.. Ada yang dah create event wedding masing-masing, minta alamat nak pos kad and so on.. Dulu kita bergurau sama-sama, main basikal sama-sama, pegi makan kat KFC and pizza macam orang jakun sama-sama (masa nak bayar tengok bil bahagi berapa orang, bayar duit asing-asing!), amik result sama-sama, happy and sedih sama-sama, shopping pun sama-sama. Sesungguhnya saya merindui saat-saat manis dan pahit itu. Bila dah keje, jarak dah membataskan segalanya, tak dapat lagi spend time sama-sama dengan kawan-kawan macam dulu. Rinduuu sangat.. Tapi kena terima hakikat yang dulu dan sekarang dah berbeza. Masing-masing ada jalan hidup sendiri kan..
Begitulah kehidupan, hargai lah setiap masa yang kita lalui dengan penuh makna. Sebab masa tak boleh diputar kembali, malah laju jer dia berlalu pegi tinggalkan kita. Especially untuk adik-adik yang masih belajar tu, appreciate setiap masa yang awak ada. You'll be missing it one day, when you grow older and dah keje. Seriously.. Just like I did :)
Till then, have a nice day ahead dearies. Assalamualaikum..
P/S: My bestfriend's wedding will be held this Saturday, congratulations in advance Sarah dear.. Love you always ^^
13 feedback(s):
betul..saya pun sedang menghadapi situasi yang sama..hehe..
Terharu baca entry ni.. sedar-sedar dah dua tahun lebih lyana kerja ye? Rasanya macam baru sangat baca entry Lyana masa start jadi planner executive tu
Disneyland Fee Is Cheaper Than Genting Resort
eeee tak lama lg nak jd isteri org. makin berseri lah kak lyana kann skrg. :) semoga semua brjln dgn lancar.
shahada, kann? td tgh wat keje kat ofis termengelamun kejap.. huhu
masreena, aah.. dah 2 thn dear..kejap je masa berlalu :)
shazwani dear, aminn..doakan everything will goes well as plan ya.. macih awk :)
rindu time semua tue... =D..hargailah masa yang kita lalui dengan penuh makna..like the WORD..=p
:) orang ckp, time belajar yg paling best. penuh ngan kenangan. pahit, manis, masam, masin. suma ada. hehhe.. bila dh makin dewasa, tnggungjawab n masalah makin byk. btw sis, nnti jadi isteri yg solehah yaa :)
haah...setiap mse yg kte lalui tu smpn bnyk memori...
rindu time makan kfc kat tangkak sesameeee huhuhu
Hope ur wedding nanti diberkati Allah Taala. (^_^)
p/s: jgn lupe upload pics lauk kenduri taw. Skrg da xde pics makan2 lg... sobs2 ;(
waaaa lame dh akk kenal dye upenye.. dr matriks eh.. sweet sweet. heee
nice entry.do follow me too ok.tq