Monday, February 4, 2013

Kursus Kahwin.

Assalamualaikum..

As we all know, kat Malaysia nih orang Islam yang nak kahwin wajib menghadiri kursus pra-perkahwinan. Tak de sijil tak boleh kahwin. Nak kahwin lari kat oversea? Tak payah lah, balik Malaysia nanti kena denda jugak jadi kahwin lah dengan jalan yang BENAR :)

Mula-mula dulu, rasa macam "Alaa malas betul nak pegi, benda sama jer belajar masa zaman sekolah dulu.." Ce tanya diri sendiri, ingat lagi ke segala perkara yang awak belajar masa zaman sekolah tu? Betul awak ingat? Kalau ingat Alhamdulillah, tapi tak salah diingatkan balik sebab penceramah biasanya akan recall balik perkara lama and juga ilmu baru pun akan diberikan jugak.

Bila saya attend kursus, then only I realize the importance and the objective why we need to attend it. Nak kahwin nih bukan untuk seronok semata-mata, kehidupan alam rumah tangga tu penuh onak duri tinggal nak tengok kita mampu tak cantas semua duri-duri tu untuk jadikan perjalanan tu smooth je. Insya-Allah. Kalau ilmu tak cukup, pengetahuan banyak yang tak de, macam mana kita nak bina dan kendalikan sebuah keluarga yang diredha Allah? Mungkin pengetahuan kita tak sedalam ilmuwan, ustaz ustazah, alim ulama'.. Tapi cukup lah andai kita berpegang teguh pada asas lima rukun Islam dan enam rukun Iman.

Orang lelaki nak cari isteri, Islam menuntut cari wanita ikut ciri-ciri nih: Rupa, Harta, Keturunan dan Agama. Agama itu yang paling utama, yang tiga ciri lagi tu kalau dapat it's a BONUS untuk lelaki. Sedangkan bagi wanita, Islam hanya menekankan pada satu ciri iaitu Agama nya. "Untuk mencari calon suami, cari lah lelaki yang menghayati agama. Tak dapat ustaz tak pe, cari lah yang menjaga solatnya.." Sebab, kalau tiang agama dia tak mampu jaga ini kan pula dia nak menjaga tiang rumah tangga. Sebagai wanita, kalau boleh kita nak cari lelaki yang mampu bimbing kita, jadi imam buat kita dan menegur kekhilafan kita kan? :)

And, banyak lagi ilmu yang kita boleh dapat daripada kursus nih. Kena ambil tahu, kena ambil kisah terutamanya pasal hukum dan hak. Masa sekarang kita tau, masa akan datang kita tak nampak. Memang kita sentiasa mengharapkan yang terbaik, bahtera yang dibina sampai hujung nyawa, till jannah.. Tapi sebagai manusia, kita hanya mampu untuk plan. Selebihnya kita tawakal dan berserah pada Dia yang Maha Mengetahui. "Allah lebih tahu apa yang kita layak dapat, apa yang kita berhak dapat, apa yang berhak kita miliki dan apa yang berhak kita rasai.." -UAI

So, for those out there yang dah plan nak kahwin tapi tak berkursus lagi, sila register and pegi cepat. Lepas settle dah lega sikit tak perlu fikir lagi, dapat jugak ilmu yang bermanfaat. Untuk Encik Tunang saya, sila pergi cepat ustaz kata kalau tak de sijil tak boleh kahwin :P

Next step: Beli borang nikah and HiV Test.
 
Till then, have a nice day ahead dearies. Assalamualaikum :)

 



12 feedback(s):

Shazwani Ramly said...

mesti teruja nk kahwin dh ni. sbb dh dpt sijil dahhh. haha. all the best kak lyana.

NuR IzZaTi said...

skrg ni sijil mmg kna ltak gmbar ek? last year xde pon =)

TunTeja said...

yeye.kita pun dah ada sijil! jom naik pelamin same2.hehehe

http://dyatunteja.blogspot.com/2013/02/hikayat-166-kebangangan-merebak.html

ezy.fia said...

saye pnye sijil kursus kawen xde gmbr pon..
hewhew..

amira faqihah said...

semoge dipermudah :)

cik abbit said...

wah, bestnya :)

Anonymous said...

kat sarawak tak wajib lagi kursus kawen, temuduga je. hehe. tapi zara ambik gak dulu kursus kawen so takyah nak temudaga bagai nanti. senang! :) gudluck yana~ :)

Maria Menado~ said...

wah. tahniah. kite pun dah ambik ritu di kampus. hehe.. tapi sijil saya tak ade gmbar macam sijil awak. ngehngeh. kalo ada lagi menarik kan. =P

*ehisutakpenting*

Unknown said...

xsabar nak amik kursus kawen jgk..hee..btw semoga semuanya dipermudahkan ye sis :)

nurayunni said...

sijil ade gambar la...dulu punye xde..:(

cimon said...

Ade pics? Format baru ke skrg?

antynid said...

nak jugak..... heheehe



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com