Monday, December 16, 2019

A SHORT VACAY TO CAMERON HIGHLANDS

Assalamualaikum and Hye

Hari Rabu lepas Yana and Husband bawa anak-anak pergi short vacay kat Cameron Highlands. Isnin tu baru decide nak pergi memandangkan masing-masing muka pun dah pishang kan. Hihi.. So Mama terus buka Airbnb and booked terus Homestay.

Kitorang sampai Cameron Highlands around 3 pm and terus check in. Waktu pergi tu lalu Tapah, plan nak singgah Lata Iskandar tapi ramainyaaaa mashaaAllah. Tak jadi singgah terus straight naik ke Cameron. 


Homestay Yana booked tu kat area Tanah Rata. Selalu duduk kat Brinchang, saje try tempat lain pulak kali nih.


Nice house and very cosy! Bersih and selesa jugak.




Homestay Yana booked nih ada 3 bilik, masa booking tu rate 2 malam dalam RM500. Rate berubah-ubah ikut bila time korang booking.





Sampai-sampai jer rehat dulu, solat and siap-siap mandi baru lah keluar untuk dinner. Macam biasa lah kalau ke Cameron tak sah tak ber-steamboat kan? So first night dinner kitorang makan steamboat kat Glory 78 Steamboat (kat tepi jalan jer area Tanah Rata tak jauh dari homestay). Makan kat sini sedap dan tempat pun selesa, sesuai la bawa anak-anak.


Lepas makan terus balik homestay and rest. Esok pagi baru keluar bawa anak-anak jalan lagi. Malam sejuk sangat suhu around 15 degree! 

The next day, pukul 10 am dah siap-siap nak keluar and our first location ke Boh Tea Plantation. Dulu dah try yang Cameron Valley so this time saje try ke Boh pulak. Perjalanan nak masuk ke Boh memang mencabar sikit tapi bagi Yana berbaloi sebab banyak-banyak Tea, bagi Yana personally Boh paling sedaaaap! Memang syok minum Tea sambil menghirup udara segar gittew!






Next kitorang ke Pasar kat area Brinchang. Tengah jalan jalan kat Pasar Brinchang tadi nampak Kea Garden Guesthouse nih. So kitorang pun masuk la nak tengok ada apa. 

Kat sini ada jual makan makan and souvenir jugak. Kitorang tak de beli apa pun saje lepak kejap sebelum sambung shopping sayur dengan buah kat Pasar Brinchang 😁






Agak agak nak rest kejap sebelum sambung jalan boleh la lepak kat sini. View cantik! Nak stay kat sini pun boleh ada Guesthouse yang kat belakang tuu, rate tak sure berapa cuma bilik dia agak kecik sikit.

Masuk dalam kereta mulut dak abang dah bising asyik cakap,

“Mama Papa, Ayish nak tengok strawberry!”

Selagi tak bawa selagi tu laa duk sebut sebut. Banyak kebun strawberry kitorang cuba pergi lepas pergi Boh Tea Plantation tapi mashaaAllah ramai pulak orang tengah hari tadi. Tu yang terus pergi Pasar Brinchang tuu.. Lepas pergi pasar balik homestay bagi anak anak rehat kejap.

Then lepas Asar baru lah Husband ajak keluar awal lepas tu nak terus pergi dinner. Google google tengok Big Red Strawberry Farm nih antara yang ramai recommend jugak tapi tutup pukul 6. Masa tu dah nak dekat 5.30 pm. 





Sempat laa singgah dalam setengah jam bagi dak abang puas hati, cumanya nak petik strawberry sendiri tak sempat sebab lambat dah. Next time laa ye hari nih kita beli jer yang dah siap petik tuu..


Ingatkan kat situ ada kebun strawberry jer rupa rupanya mashaaAllah macam macam ada kat sini. Tengok jelah gambar kalau nak tau ada apa yer. Nak makan makan pun ada cumanya tadi kitorang tak sempat and nak dinner dah pun. InshaaAllah next time repeat datang sini lagi ❤️








Dinner for second night. Kalau semalam dah ber-steamboat, malam nih kita ber-shell out pulak.


Sedap and sambal dia berasa, licin kitorang makan hingga ke lala yang terakhir. Kalau korang pergi ke Cameron boleh la try in case tak tau nak makan apa, kedai makan dia tepi jalan besar jer 😁

Jumaat around pukul 11 am kitorang dah check out. Our last pit stop before turun dari Cameron. Plan asal nak singgah Cameron Lavender dulu tapi ramainya manusia mashaaAllah.. 

Terus tak jadi and kitorang pun straight pergi ke ATV & Safari. Dari bawah tu naik 4x4 fee seorang RM10, baby bawah umur free jer tak payah bayar. Tapi kalau baby kecik sangat Yana tak recommend sebab naik atas tu bumping jugak tau. 




Sampai atas tu boleh lah tengok view ladang teh, hirup udara segar sambil ambil gambar. Then turun balik boleh terus pergi makan makan kat Tea House dia sebelah jer.





Sejak Rabu tu Mama dukung dak Adik panjat bukit dengan panjat tangga tinggi tinggi demi view yang cantik cantik 😁

Sesekali pass kat Papa bila tangan Mama dah lenguh tak boleh nak bendung lagi. Kenapa tak biar jer Papa yang dukung? Sebabnya Adik nih behave bila Mama dukung jer, kalau Papa yang dukung memang dia berpusing 360 degree end up Papa laa yang tak larat. Kesian kat Papa kena drive lagi kan so Mama dukung lah Adik selagi ada kudrat.



Yang penting sebelum tidur OSTEMATRIX wajib telan kalau tak esok bangun habis sakit sakit badan. Terus lah spoil mood seharian sebab badan rasa tak selesa semua. Penting tau untuk kita jaga dan pelihara kesihatan tulang, jangan nanti tulang dah mula rapuh kita dah terdedah pada risiko Osteoporosis. Time tu jatuh sikit pun tulang boleh retak tauu.. So kena jaga daripada sekarang okayh.

Okay setakat nih dulu entry kali nih, nanti next Yana share lagi tempat yang best-best. Bye!

P/S: Cameron ramai sangat orang time weekend especially cuti sekolah nih. Nak pergi better time weekdays kalau tak jenuh laa korang nak kena menghadap jammed! 😁


 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com