Sunday, April 3, 2022

PUASA 2022 BERSAMA SET RAMADHAN SHAKLEE

 Assalamualaikum and Hye ❤

Lama tak bersiaran kat sini. InshaaAllah I’ll be writing more soon. Rindu rasanya nak mula menulis :)

Syukur Alhamdulillah kita bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ini. Di sini Yana nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Mudah mudahan kita diberikan keampunan dan diredhai Allah sentiasa.

Bila sebut tentang puasa, antara perkara yang sangat penting adalah untuk memastikan kita kekal bertenaga sepanjang seharian berpuasa. So waktu sahur adalah sangat penting.

Dulu sebelum kenal Shaklee, memang Yana admit Yana jenis cepat letih time puasa. Baru pukul 11 pagi tekak dah mula kering, masuk pukul 12 tengah hari perut pulak mula berbunyi macam macam lagu. Walhal masa sahur makan boleh tahan meriahnya. Nasi sepinggan, air 2-3 gelas penuh. But still, kejap jer mampu bertahannya! 😅


Tapi sejak Yana kenal Shaklee, everytime puasa Ramadhan, puasa ganti atau puasa sunat memang badan terasa lebih cergas dan bertenaga. Tekak pun tak sekering dan sedahaga biasa. Lagi lagi ditambah dengan cuaca panas sekarang nih kan..


Apa yang Yana amalkan ialah bersahur dengan supplement Shaklee. Memang Alhamdulillah banyak membantu untuk mengurangkan rasa letih, lapar dan juga dahaga.


Ada beberapa pilihan supplement utama yang Yana cadangkan untuk diambil semasa bersahur iaitu ESP, CINCH SHAKE, LIFE SHAKE, MEAL SHAKES dan juga PERFORMANCE DRINK.



Apa kebaikan dan manfaat supplement nih?


 Protein Shakes Shaklee sekarang nih dah ada beberapa pilihan.


ESP yang mengandungi sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama. Protein nih sangat penting untuk pembinaan sel dalam tubuh badan kita. Tanpa sumber protein yang mencukupi, badan kita akan rasa lemah, otot akan akan mula kendur, tulang boleh jadi rapuh dan kulit juga akan jadi semakin kusam bila umur kita makin meningkat.


Kalau nak tahan rasa kenyang lebih lama, tak cepat penat dan mengantuk, rasa bertenaga sepanjang hari, boleh cuba try sendiri consume ESP ni. Dah cuba 1 tong confirm jatuh hati terus! 😘 


Kalau suka yang ada perisa, boleh ambil CINCH SHAKE atau pun LIFE SHAKE. Pun Yana suka especially Cinch Shake perisa Chocolate! Ada lagi 2 perisa, Vanilla and Cafe Latte. Life Shake yang latest daripada Shaklee pun best sebab ada tambahan prebiotik yang bagus untuk penghadaman. Consume masa sahur memang kurang rasa lapar time puasa, energy pun lebih 💪🏻💪🏻


** Cinch Shake dan Life Shake boleh dijadikan sebagai meal replacement. Meaning that tak perlu makan lain pun tak pe.



 PERFORMANCE DRINKS (PD) ialah minuman seperti isotonik tetapi takde gas. PD bagus untuk mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. 


PD akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan so that badan kekal rasa segar and dapat lah mengurangkan rasa dahaga. Digalakkan juga diambil semasa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.



 MEAL SHAKES sebagai sumber multivitamin yang terbaik. Bila kita berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi. 


Untuk anak anak yang baru nak dilatih untuk berpuasa, boleh lah bancuh kan Meal Shakes untuk anak anak semasa waktu sahur. InshaaAllah anak anak juga rasa lebih bertenaga semasa berpuasa.


So untuk korang yang agak-agak letih memanjang and lemau jer masa nak berpuasa tu, apa kata cuba bersahur dengan supplement SHAKLEE? 


InshaaAllah you will feel the difference. Bila badan rasa lebih bertenaga, inshaaAllah ibadah puasa juga dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna ❤️


Untuk order dan pertanyaan lanjut, boleh terus whatsapp Yana, 
click terus link kat sini 📲 

Untuk berdaftar sebagai ahli, boleh terus click link kat bawah nih 👇🏻


Kalau tak nak bisnes sekadar nak jadi ahli untuk makan sendiri pun boleh tau. Semestinya bila you jadi ahli, you dapat menikmati pembelian dengan HARGA AHLI!


 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com