Saturday, June 29, 2013

Life after marriage.

Assalamualaikum..

Hye uols.. How's life treating lately? Alhamdulillah that I am fine, feeling blessed and thankful with Allah's greatest gift, the one that I love.. my husband :)

Perasaan lepas berkahwin memang lain, diri ini milik lelaki yang bergelar suami sepenuhnya. Nak pergi mana-mana kena minta izin dan beritahu suami. Macam saya, Encik Suami awal-awal dah berikan keizinan untuk pergi dan balik kerja, keluar seketika beli keperluan juga dah diberi green light. Untung ada suami yang jenis tolarate, tak banyak soal. Alhamdulillah..

Pergi mana-mana sekarang berdua, nak balik lambat pun tak pe.. Tak balik terus pun suka hati sebab keluar dengan kekasih halal ;) Kalau dulu ayah beri limit masa tak boleh keluar lama kann.. Sekarang ape pun boleh. Ayah cuma akan kata, "Jaga anak ayah k.." Ibu pulak kata, "Bahagiakan anak ibu.."



Ok macam sentimental pulak tiba-tiba. Di sebalik itu terselit rasa macam tak percaya pun ada. "Biar betul dah jadi isteri orang.." Lalu tampar muka sendiri.. Ouchhhhh! Itu pun kadang-kadang ada lagi orang yang tak tau saya nih dah jadi isteri orang. Mungkin sebab size saya yang kurang besar and kurang tinggi nih. Hehee :P

Last Thursday birthday Encik Suami. First time celebrate birthday dia sebagai seorang isteri. 



"Happy Birthday to my dearest hubby.. May Allah bless our marriage and ease every path of our life's journey.. In shaa Allah.. Being your wife is one of the greatest gift from Allah.. Someone like you happen once in a lifetime, and I'm so glad that you happened in mine.. -wifey"

Benar lah, perasaan cinta selepas nikah itu jauh lebih indah.. Suatu anugerah daripada Allah yang cukup bermakna.. Dia lah suami, dia lah imam, dia lah pembimbing, dia lah peneman suka dan duka, dia lah segala-galanya. Bahagia rasa bila dapat saling membahagiakan, saling melengkapi antara satu sama lain :)
Terima kasih ya Allah, untuk rasa bahagia ini.. Pelihara lah rumah tangga kami ya Allah, jadikan lah perasaan sayang, cinta, kasih, ikhlas dan redha sebagai pelengkap kehidupan kami. Jadikan lah kami sebagai penawar di setiap kesakitan, tawa di setiap rasa duka dan andai mampu Kau jauhkan lah setiap kesakitan dan duka itu. Hiasilah rumah tangga kami dengan zuriat yang soleh solehah.. Kukuhkan lah rumah tangga kami hingga ke akhir hayat kami, insyaAllah hingga ke syurga Mu..

Aminn..

P/s: Buat mereka yang sentiasa mendoakan, semoga Allah merahmati kehidupan kamu semua dunia dan akhirat :)




11 feedback(s):

Myra Abdullah said...

semoga berbahagia selalu sis =)

ika sulaika said...

amin . semoga happy2 ke anak cucu

zainatul abu bakar said...

Alhamdulillah..tahniah & moga kekal bahagia hingga ke syurga =)

ezy.fia said...

semoga berbahagia selalu.
cepat2 dpt baby comel ok!
=)

panglima harapan said...

tgk org kawin, sy pon tringin nak kawin. hihi.. btw kak liyana, smoga brbahagia brsama2 abg muzakkir. jd isteri yg solehah yaa kak liyana. may Allah swt bless both of u :)

Anonymous said...

salam.. selamat pengantin baru yana, moga bahagia selamanya. pasni berpuasa dan beraya bersama encik suami pula. best2! :)

Unknown said...

amin..semoga diberi kebahagiaan n kegembiraan yg berkekalan sis :)

Unknown said...

semoga bahagia sampai syurgaNya :)

cimon said...

Best2 ^^

Unknown said...

tahniahh ..=)

nabila azmi said...

bahagianya..=)=)semoga bahagia forever kak=)



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com